Sunday, January 10, 2016
Angkuhnya...... Sila Saman, Kata Azmin Kepada Tak Nak SUKE
SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mencabar penduduk
Ampang Jaya yang tidak berpuas hati dengan projek kontroversi Lebuh
Raya Sungai Besar-Ulu Klang (SUKE) supaya menyaman kerajaan negeri di
mahkamah kerana membenarkan pembinaan projek berkenaan diteruskan.
“Ianya bukan satu isu,” katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika melakukan lawatan kerja di sini awal hari ini.
Beliau mengulas dakwaan oleh Jawatankuasa Bertindak Tak Nak SUKE yang
menuduh Selangor membenarkan pembangunan diteruskan walaupun laporan
Taksiran Impak Alam Sekitar (EIA) projek itu sudah tamah tempoh.
“Jika mereka mahu terus mengambil tindakan undang-undang, silakan. Kami
bersedia untuk mendengar aduan mereka,” tambah ADUN Bukit Antarabangsa
itu.
Rabu lalu, Jawatankuasa Bertindak Tak Nak SUKE menyerahkan memorandum
kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan memfail
aduan sah.
Jurucakapnya, Muhammad Agos Abul Hasan Ashari mendakwa, pembinaan lebuh
raya itu diteruskan tanpa mematuhi prosedur betul serta pengambilan
tanah di kawasan berkaitan di Ampang sudah dilakukan walaupun laporan
EIA sudah tamat tempoh.
SUKE berharga kira-kira RM11.5 bilion yang dibangunkan oleh konsesi
lebuh raya kedua terbesar di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), Projek
Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas).
Prolintas juga terbabit dalam sebuah lagi projek kontroversi, Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH) yang berharga RM4.2 bilion.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment