Sunday, January 10, 2016

YB Rajiv Risyakaran (Adun Bukit Gasing) Mengenai Fungsi WGN Scan Sdn Bhd

WGN Scan Sdn Bhd adalah Penyewa Utama ( Anchor Tenant) di MARA Digital. Syarikat ini bertanggungjawab menyediakan infrastruktur 'Concept Store' dan kiosk yang ada di MARA Digital.

Selain itu, WGN juga berperanan sebagai pembekal utama peralatan ICT di MARA Digital seperti komputer dan telefon berjenama.

WGN turut diminta untuk sama-sama memantau perjalanan operasi MARA Digital.

Bagaimanapun, peniaga tidak dwajibkan membeli daripada WGN.

Mereka ada pilihan untuk membeli dari luar, tapi mesti dipastikan ketulenan dulu oleh WGN.

Kita tidak mahu pengguna ditipu dengan produk tiruan seperti di tempat lain.

Kalau peniaga rasa selesa dgn WGN dan harga pula lebih murah dari pembekal lain yang penting ia barangan tulin, tidak ada salahnya peniaga membeli dari WGN.

Kita tidak tahu samada YB Rajiv menjadi jurucakap kepada pembekal lain.

Yang penting, YB Rajiv tidak perlu bimbang kerana peniaga di MARA DIGITAL bebas memilih pembekal asalkan produk yang dijual adalah tulin. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment