Sunday, January 10, 2016
Dipecat Selepas Cadang Konflik Azmin & Chegubard Dihentikan
Halimah Nasoha dipecat serta merta daripada jawatan Exco Angkatan Muda
Keadilan (AMK) selepas mencadangkan Lembaga Disiplin PKR memanggil
segera dua aktivis parti ke siasatan dalaman bagi menamatkan
pertelagahan terbuka yang boleh merugikan parti.
Dua aktivis parti yang dimaksudkan itu adalah Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli PKR seumur hidup Badrul Hisham
Saharin (Chegubard).
“Baharu hari ini saya dipecat melalui kenyataan media oleh Timbalan
Ketua AMK (Afif Bahardin) hanya selepas tak sampai 24 jam saya
menggeluarkan kenyataan menggesa pimpinan kanan parti campur tangan
dalam pertembungan Azmin dan Chegubard.
“Saya cabar Azmin bawa Chegubard ke mahkamah, jika benar Azmin tidak bersalah.
“Banyak benda yang terbongkar, macam isu pintu gerbang, tender dan sebagainya,”katanya ketika dihubungi media.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment