Sunday, January 10, 2016
PAS Selangor Beri Amaran 'Ancaman' Baharu
KUALA SELANGOR : PAS Selangor sedang menghadapi 'ancaman' baharu dan ia
datang daripada bekas ahli parti Islam itu, kata Datuk Iskandar Samad.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, walaupun Barisan Nasional
(BN) dan Umno merupakan musuh tradisi PAS, parti itu perlu berhati-hati
dengan 'musuh baharu' tersebut.
Walaupun beliau tidak menyebut mana-mana nama, adalah dipercayai bahawa
kenyataan itu jelas merujuk kepada parti serpihan parti PAS iaitu Parti
Amanah Negara (Amanah).
Amanah kini menganggotai Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.
Merujuk kepada pelantikan baharu lapan ahli majlis pihak berkuasa
tempatan (PBT) daripada Amanah di negeri ini, Adun Chempaka itu berkata
langkah itu akan diterjemahkan kepada 'ancaman' kerana parti itu telah
meletakkan dirinya sama seperti Umno dan BN.
"Kita semua tahu bahawa ahli majlis ini akan menjadi calon.
"Jangan memberi tumpuan terlalu banyak kepada Umno dan Barisan kerana
kita mempunyai satu ancaman baharu selain mereka," kata Iskandar kepada
ahli-ahli PAS semasa pelancaran jentera pilihan raya Selangor di sini,
Ahad.
Menurut Iskandar, mereka perlu mempertahankan kedudukan kerana PAS
adalah satu-satunya parti yang berpegang kepada asas Islam di negara
ini.
"Kita perlu mempertahankan institusi ini. Saya katakan begini bukan
kerana saya adalah seorang Exco Selangor tetapi kerana hanya kita parti
Islam di Selangor," kata Iskandar.
Selain itu beliau juga mendedahkan bahawa PAS Selangor akan bertanding
di 25 kerusi - pertambahan lima kerusi berbanding 20 kerusi dalam
PRU-13.
"Dan di mana kerusi ini? Mari kita tunggu dan lihat. Kita akan menang di kerusi-kerusi tambahan ini," katanya.
Pada pilihan raya lepas, PAS bertanding di 20 kerusi DUN dan memenangi 15 daripadanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment