Sunday, January 10, 2016
Lapan Kerusi PAS di Selangor Mungkin Terancam
KUALA SELANGOR : Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam apabila
bukan sahaja terpaksa berdepan Umno malah DAP selepas parti itu
mengumumkan akan meletakkan calon pada pilihan raya akan datang.
Naib Presiden Pas, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad menegaskan, Pas bakal
berdepan musuh baru namun pihaknya mahu jentera pilihan raya Pas terus
utuh mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan lima lagi
kerusi baharu.
"Kita baru kesan dua dan DAP pun dah umum melalui senarai nama ahli majlis yang akan jadi calon mereka nanti.
"Kita juga pertimbangkan lima kerusi baru sebab kajian yang dibuat, Pas
boleh menang," kata Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor dalam
ucapan sempena Ijtima' Pilihan Raya Pas Selangor di Stadium Tertutup
Kuala Selangor, hari ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment