Sunday, January 10, 2016
PAS Mahu Tambah Lima Lagi Kerusi Di DUN Selangor
SHAH ALAM : PAS dijangka menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam pilihan raya umum ke-14.
Menurut Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad, parti itu kini
sedang mengintai sekurang-kurangnya lima kerusi DUN, namun enggan
mengumumkan kawasan yang mahu ditandingi.
"Kita sedang dalam kembangkan selain 20 kerusi yang kita tandingi dalam PRU. Kita akan tanding 5 kerusi.
"Kalau orang kacau kampung kita, kita pun boleh kacau. Kalau org kacau
kerusi kita, kita pun boleh buat yang sama," katanya dalam ucapan pada
majlis Ijtima' Pilihan Raya PAS Selangor.
Beliau turut menyeru akar umbi PAS supaya bersiap sedia dalam menghadapi PRU14 yang dijangka berlaku pada 2017.
Ujarnya seruan itu dibuat ekoran PAS kini bukan sahaja berdepan dengan
Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi ada musuh baru iaitu DAP.
"Ancaman kita dulu Umno-BN tapi sekarang ni kita ada musuh baru, mereka
akan bertanding di lapan kerusi. DAP sudah letakkan diri mereka sama
seperti Umno," ujarnya yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Sementara itu dalam sidang media, Iskandar memberitahu keputusan untuk
menambah kerusi DUN itu adalah permintaan daripada akar umbi dan bukan
tindak balas kepada DAP yang mahu merebut lapan kerusi PAS.
"Tidak, tambahan lima kerusi ini adalah bertitik tolak daripada maklum
balas akar umbi dan rakyat. Bukan sebab DAP kata nak tanding kerusi PAS
tapi sebab keperluan," katanya.
Malah Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan keputusan itu dibuat selepas kajian dijalankan.
"PAS ada jabatan gerakan yang buat kajian, kita bukan suka-suka nak
bertanding. Kita melihat kepada akar umbi dan sokongan rakyat," jelas
beliau.
Pada pilihan raya umum lalu, PAS memenangi 15 kerusi DUN daripada 20 yang ditandinginya.
Bagaimanapun, dua daripada wakil rakyatnya, Hasnul Baharuddin (Morib)
dan Saari Sungib (Hulu Kelang) telah keluar parti bagi menyertai Parti
Amanah Negara (PAN).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment