Monday, January 11, 2016
PATUH SYARIAH : Kenyataan Ridhuan Tee Akan Buat Tun Meroyan?
PETALING JAYA : Penceramah bebas dan pensyarah, Prof. Dr. Mohd Ridhuan
Tee Abdullah menyambut baik keberanian Rayani Air meletakkan asas patuh
syariah sebagai dasar utama syarikat penerbangannya.
Menurutnya, walaupun pemilik syarikat itu bukan Islam, tetapi mereka memahami budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.
Dalam masa yang sana, Ridhuan turut mencadangkan lapan sebab supaya
syarikat bukan Islam lain perlu mematuhi kehendak syariah kerana
pertamanya Malaysia adalah negara Islam dan Islam merupakan agama
Persekutuan.
“Kedua, ajaran (agama) apakah di dunia yang menghalalkan wanita
berpakaian seksi, menghalalkan arak, judi dan lain-lain lagi. Hina
sungguh sesuatu agama itu jika ada yang menghalalkan perkara di atas
yang amat ditegaskan dalam Islam.
“Ketiga, jika berpakaian seksi itu dibolehkan, kenapa bila duduk
terkangkang kerusi kenderaan awam perlu dirapatkan pahanya. Biarkanlah
terbuka.
“Saya difahamkan pada asalnya pakaian pramugari tambang murah itu skirt
sampai ke lutut. Tetapi bila tiba kepada pramugarinya, bukan sahaja
disingkatkan, malah dibelah lagi,” katanya menerusi kolumnya di Sinar
Harian hari ini.
Tambahnya sebab keempat syarikat bukan Islam perlu patuh kepada syariah
adalah kerana terdapatnya aduan daripada pramugari yang menyatakan
kesedihan akibat terpaksa berpakaian seksi dan melayan penumpang minum
arak.
Katanya, sebab kelima adalah isu pesawat penerbangan yang terpaksa
berpatah balik gara-gara penumpang mabuk baru-baru ini juga perlu
diambil pengajaran.
“Keenam, pelancong datang bukan nak minum arak tetapi melihat negara,
budaya dan cara hidup kita. Kualiti arak mereka jauh lebih baik dari
kita. Yang kita hidangkan pun adalah arak yang diimport daripada mereka.
“Ketujuh, sama juga membuat pertunjukan rock, R&B dan lain-lain
budaya barat kepada pelancong. Bukankah sepatutnya inang, zapin,
keroncong, caklempong dan lagu-lagu etnik Cina, Sabah dan Sarawak
“Kelapan, apa sebenarnya identiti Malaysia saya masih tercari-cari. Kita
sudah menjadi lebih barat dari barat, sehingga tidak mustahil jadi
keparat,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment