Monday, January 11, 2016
Kisah Husam Dari 'Kesayangan' Kepada 'Terbuang' Dalam PAS...
Ingat lagi kisah bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang berucap
dalam satu majlis anjuran Parti Amanah Negara (PAN) awal Januari lalu...
?
Husam menyertai dan berucap di Majlis Makan Malam PAN Kelantan pada 1
Januari di Petaling Jaya dan menyertai majlis DAP di Johor pada malam
keesokkannya.
Ketika ditanya apakah beliau tidak takut sebagai ADUN PAS hadir majlis
PAN dan DAP, kata Husam beliau tiru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang sepentas dengan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak.
Ada orang PAS yang geleng kepala dengar alasan Husam... dah rasa diri dia setaraf Presiden PAS rupanya.
Husam adalah kisah sedih dalam PAS... pernah jadi anak kesayangan,
bintang harapan dan disebut-sebut akan mewarisi kepimpinan Datuk Nik
Aziz Nik Mat mentadbir Kelantan.
Daripada 'anak kesayangan' Husam yang merupakan ADUN Salor Kelantan kini 'anak terbuang'...
Lepas kalah bertanding Parlimen Putrajaya pada pilihanraya ke 13, Husam
sedar-sedar beliau disingkirkan daripada barisan kepimpinan kerajaan
Kelantan.
Beliau tidak dilantik semula sebagai Exco kanan dan paling 'menyayat
hati' idolanya Nik Aziz tidak membela Husam seperti kelazimannya.
Kelantan tiba-tiba jadi negeri asing pada Husam.
Sejak itu Husam selalu 'geletek' PAS dari dalam... ada saja tindakannya yang menyusahkan PAS Kelantan.
Beliau soal itu ini berkaitan hal balak dan hasil negeri.
Sebagai Exco yang pernah jaga balak, Husam arif benar mengenai 'sepak terajang' PAS Kelantan berkaitan sumber alam itu.
Berbeza dengan kawan-kawan lain, selepas kalah dalam muktamar PAS lalu,
orang seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Khalid Samad, dan beberapa lagi
yang selalu tidak sebulu dengan kepimpinan ulama PAS memilih keluar
parti.
Husam terkontang kanting di Kelantan... masih kekal sebagai ADUN Salor
dan YDP PAS kawasan Kubang Kerian tapi jarang kelihatan dalam majlis
anjuran kerajaan negeri.
Beliau khabarnya tidak sihat sejak setahun lalu dan masih dalam proses berubat.
Walaupun kurang majlis di Kelantan dan lama menyepi, dalam majlis makan
malam PAN baru-baru ini, Husam disambut bak pahlawan, beliau bahkan
diberikan pentas untuk berucap walaupun masih merupakan pemimpin PAS
Kelantan.
"Husam senang diterima dan dikelilinggi rakan-rakan dalam majlis PAN..."
kata seorang rakan penulis yang hadir dalam majlis PAN itu.
Agak janggal pada Husam untuk tidak mengikut jejak MP Tumpat Kamaruddin
Jaafar dan MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli yang keluar PAS walaupun terikat
dengan sumpah talak isteri.
Ramai tahu idea sumpah cerai isteri semasa keluar parti itu walaupun
dari dari Nik Aziz tapi dipersetujui dan dilaksanakan oleh Husam.
Kini bintang Husam sebagai pemain politik terus malap.
Duduk dalam PAS dan tiada fungsi sementara kawan-kawan lain dah tukar kapal.
Yang terbaru... kerana Husam juga PAS mengeluarkan pekeliling bagi
melarang ahlinya daripada bekerjasama atau terlibat dengan mana-mana
aktiviti PAN dan DAP di semua peringkat, demi memelihara keutuhan dan
perpaduan parti Islam itu serta mengelakkan pelanggaran perlembagaan
parti.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, arahan tersebut
diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Januari
lalu.
Bagaimanapun, ahli PAS yang ingin menyertai aktiviti politik anjuran
parti politik yang bukan membabitkan kedua-dua parti politik itu boleh
berbuat demikian dengan mendapat kebenaran Jawatankuasa Pusat.
"Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama
atau menyertai sebarang program atau aktiviti PAN dan DAP di semua
peringkat.
"Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan
seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari PAN dan DAP
yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas," menurut pekeliling yang
dikeluarkan PAS, bertarikh 9 Januari.
Pekeliling itu ditujukan kepada setiausaha perhubungan PAS negeri dan
Wilayah Persekutuan dan dewan-dewan peringkat pusat untuk disampaikan
kepada ahli di peringkat bawah.
Husam menyertai dan berucap di Majlis Makan Malam PAN Kelantan pada 1
Januari di Petaling Jaya dan menyertai majlis DAP di Johor pada malam
esoknya.
Berdasarkan arahan itu, ahli dan pemimpin PAS boleh menyertai program
mana-mana parti politik, termasuk UMNO dengan syarat mendapat
persetujuan parti, tetapi tidak boleh sama sekali menyertai program
anjuran PAN dan DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment