
Tuesday, January 12, 2016
Pelancaran Pakatan Harapan Bakal Gugat Kedudukan Umno Di Johor???

Wow.... DAP awal-awal lagi dah bagi 'warning' penubuhan Pakatan baru
iaitu Pakatan Harapan (PH) bakal menggugat kedudukan Umno, khususnya
kedudukan Umno di Johor ekoran pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ingat Umno dan parti sekutu dalam Barisan Nasional (BN) heran sangat ke
dengan penubuhan PH... Pakatan Rakyat (PR) pun Umno tidak goyang, inikan
PH yang ditubuhkan atas perjuangan yang entah apa-apa..
Apa yang kuat sangatnya PH ni sampai konon-kononnya boleh menggugat
kedudukan Umno di negara ini?? Nak kata sokongan terhadap PH tu kuat,
rasanya sokongan terhadap Pas lagi kuat, walaupun ada pemimpin Pas 'gila
kuasa' menubuhkan parti baharu.
Sudahlah mengambil kesempatan ke atas parti lain untuk meraih
kemenangan, lepas tu bersorak macam sendiri yang punya kerja... Kali ni
nak ambil kesempatan atas masalah dalaman Umno untuk meraih undi di
negeri Johor.
Nampak sangat parti cina kiasu ini suka ambil kesempatan ke atas parti
lain.... Tengok sajalah bagaimana DAP mengambil kesempatan ke atas Pas
setelah berjaya menguasi kerajaan negeri Pulau Pinang.
Bila tak dapat kuasai kerajaan negeri, sanggup bersekutu dengan Pas
walaupun mengetahui parti Pas berjuang berlandaskan syariah Islam...
Bila dah berkuasa, geng cina kiasu tendang Pas dari Pakatan... Lepas tu,
salahkan Pas sebab pentingkan diri bagai.
Bukan itu saja... Bila Pas mempunyai masalah dalaman parti, DAP
mencampuri urusan parti itu sehingga tertubuhnya parti Islam baharu,
Parti Amanah Negara (PAN) yang kononnya mahu menggantikan Pas.
Apa pun, kita cuma nak ingatkan DAP tak payahlah bermimpi disiang hari
ataupun di malam hari untuk menggugat kedudukan Umno di Johor dengan
kerjasama PH, kerana Johor tetap menjadi milik parti Melayu dan tidak
sama sekali menjadi milik parti cina kiasu!! Ingat tu....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment