
Tuesday, January 12, 2016
Tamat Perkhidmatan Kontrak Penjawat Awam Mainan Kotor Pembangkang

Semalam kecoh dengan viral, yang perkhidmatan kontrak penjawat awam akan
ditamatkan hujung tahun ini, kononnya kerajaan tidak lagi mempunyai
dana untuk membayar gaji kakitangan-kakitangan ini.
Perkara ini dipercayai dibuat oleh pihak pembangkang bagi
menakut-nakutkan pekerja kontrak penjawat awam, malah mahu memburukkan
imej kerajaan kononnya sudah kehabisan dana ekoran berjaya melangsaikan
hutang 1Malaysian Deveploment Berhad (1MDB).
Begitulah sikap pembangkang yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan
kononnya mendakwa, negara hampir bankrap dan tidak mempunyai dana untuk
membayar gaji pekerja kakitangan awam.
Jika benar kerajaan hampir bankrap dan tiada dana ekoran melunaskan
hutang-hutang pemimpin negara terdahulu, sudah pasti kerajaan akan
menghentikan bantuan yang selama ini disalurkan kepada rakyat.
Ini jelas membuktikan yang pembangkang sengaja menjadikan isu ini
sebagai mainan mereka bagi menakutkan rakyat, dan mahu menguasai
kerajaan dengan cara kotor!!
Demi mengelak ketakutan kepada pekerja kontrak penjawat awam, Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa tampil memaklumkan perkara
ini adalah palsu dan fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk menjatuhkan imej kerajaan.
"Berita itu adalah palsu dan fitnah daripada individu-individu yang
tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti," kata Ali Hamsa.
Oleh demikian, diharap orang ramai tidak mudah percaya dengan
berita-berita yang disebarkan melalui laman sosial dan berita yang
disebarkan melalui media/blogger pihak pembangkang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment