Tuesday, January 12, 2016
Kerana Shah Rukh Khan, Filem 'Dilwale' Tak Laku Di Negara India
Kalau tengok kat laman sosial di Malaysia, demam filem Bollywood masih
tidak lagi reda.. Semua ini terjadi dek kerana filem lakonan Shah Rukh
Khan dan Kajol bertajuk ‘Dilwale’.. Memang sekarang ni, semua rakyat
Malaysia sedang kena demam ‘Dilwale’..
Baru beberapa hari ditayangkan, filem itu telah mendapat kutipan pecah
panggung di Malaysia.. Tetapi, nampaknya semua itu 'hanyalah indah
khabar dari rupa'.. Walaupun, filem itu mendapat sambutan hebat di
negara kita..
Namun, filem itu telah dianggap satu filem yang gagal di negara mereka
sendiri, India.. Di India, filem ini langsung tak mendapat kutipan pecah
panggung.. Disebabkan hal ini juga, media hiburan di sana melaporkan
pengarah filem Rohit Shentty dan Shah Rukh Khan sudah bergaduh, kerana
saling menyalahkan antara satu sama lain disebabkan kegagalan filem
ini..
Filem ‘Dilwale' telah berjaya ditewaskan oleh filem ‘Bajirao Mastani’
yang dibintangi oleh Ranveer Singh.. Kalau korang rasa filem ‘Dilwale’
itu adalah satu filem yang sangat menarik, nampaknya tanggapan korang
dah salah.. Korang kena tengok filem ‘Bahirao Mastani’ pula, lagi
berganda-ganda menarik la kot.. Kalau tak, tak kan filem lakonan Ranveer
Singh tu lagi laku dari filem lakonan SRK dan Kajol Kan???
Adakah perkara ini terjadi kerana salah Shah Rukh Khan? Sebelum ini,
filem itu telah diboikot oleh para petani di India, kerana pelakon itu
didakwa tidak menghulurkan sebarang bantuan kewangan sewaktu para petani
melalui musim kemarau yang teruk..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment