Monday, January 11, 2016

Pemimpin DAP Perlu Berubah Sebelum Seru Rakyat Untuk Ubah

http://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2015/02/Liew-Chin-Tong-650x400.jpg
DAP dalam satu kenyataan menggesa pengundi Melayu supaya mengubah persepsi mereka terhadap parti cina kiasu itu, sekaligus memberi peluang kepada DAP untuk meraih undi tanpa bantuan penyokong rakan sekutunya PKR dan PAN.

Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, DAP tidak lagi perlu bergantung harap terhadap PKR dan PAN, untuk menarik sokongan pengundi Melayu bagi parti Cina kiasu itu meraih kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kata Chin, DAP masa kini perlu bersendirian untuk mendekati orang Melayu, memandangkan orang Melayu telah salah persepsi terhadap parti cina kiasu itu.

Tindakan DAP mahu bersendirian mendekati orang Melayu ini, jelas membuktikan parti Cina kiasu itu sedang menyusun strategi untuk menawan negara ini, tanpa memerlukan pertolongan rakan sekutunya.

Ini juga jelas menunjukkan PKR dan PAN hanya dijadikan keldai selama ini, dan perkhidmatan mereka selama ini akan ditamatkan memandangkan kedua-dua parti terbabit tidak mampu meraih undi orang Melayu...Hahaha.

Selain itu, tindakan DAP yang kononnya mahu mengubah persepsi orang Melayu terhadap parti cina kiasu itu, rasanya mengarut kerana orang Melayu sudah mengetahui dasar perjuangan parti cina kiasu itu walaupun terdapat segelintir orang Melayu 'buta perut' menyertai parti itu.

Sudah jelas parti cina kiasu itu mahu negara ini ditadbir seperti Singapura apabila menolak pentadbiran kerajaan berlandaskan Islam malah menentang habis-habisan pelaksanaan hukum hudud yang mahu dilaksanakan bekas rakan sekutu, Pas.

Jadi, adalah lebih baik pemimpin-pemimpin DAP mengubah perjuangan asal mereka yang mahu menentang pentadbiran Islam sebelum mahu mengubah persepsi orang Melayu terhadap parti cina kiasu itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment