Monday, January 11, 2016

PKR Tak Jamin Kerusi Milik PAS Akan Kekal

Nampaknya Pas semakin dipinggirkan oleh rakan sekutunya PKR, apabila parti itu mendakwa mereka hanya akan menyokong hasrat Pas untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tetapi tidak menjamin kerusi itu akan terus menjadi milik Pas.

Keling betul PKR ni... Dah sokong hasrat Pas untuk mempertahankan kerusi, tapi tak jamin kerusi tu akan kekal jadi milik Pas pulak.... Nampak sangat PKR pun mahu mengusir Pas dari negeri Selangor seperti yang dilakukan DAP Pulau Pinang.

Kalau dah sokong Pas untuk mempertahankan kerusi dan mahu kerusi terbabit terus kekal menjadi milik parti Islam itu, sudah pasti PKR akan membantu memberi sokongan untuk mengekalkannya, tetapi sebaliknya berlaku apabila PKR pula awal-awal lagi dah beri amaran 'tak jamin' kerusi tu akan kekal milik Pas.

Persoalannya, adakah dengan amaran 'tak jamin' ini memberi syarat kepada DAP untuk bertanding di kerusi Pas seperti yang ditegaskan DAP sebelum ini, yang mahu merampas semua kerusi milik Pas di negeri itu??

Ini cukup jelas menunjukkan yang PKR juga mahu menyingkirkan Pas dari negeri itu, dan kita pastinya tidak menolak kemungkinan gabungan parti pembangkang telah bermesyuarat pada Sabtu lalu, untuk menyingkirkan PAS daripada terus bekerjasama.

Rasanya, inilah masa yang paling sesuai untuk Pas sedar diri dan membuka mata seluas-luasnya, bahawa selama ini parti Islam itu hanya menjadi keldai kepada PKR dan DAP yang mahu menguasai kerajaan.

Jangan disebabkan sikap bodoh sombong Pas yang tidak mahu bersama Umno, yang kononnya mahu menjaga hati pemimpin PKR, akhirnya Pas sendiri yang di tikam oleh PKR. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment