
Monday, January 11, 2016
Maahad Tahfiz Harus Diangkat Setaraf Dengan Sekolah Harian

Sebut saja sekolah Maahad Tahfiz, pasti ramai yang tahu ianya sebuah
sekolah agama yang mengetengahkan pendidikan berteraskan Al-Quran dan
Sunnah... Walaupun sekolah ini mengetengahkan pendidikan Al-Quran dan
Sunnah, ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa.
Oleh yang demikian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi
mahu sekolah Maahad Tahfiz atau lebih dikenali sebagai 'Sekolah Agama
Rakyat', diangkat setaraf dengan sekolah harian lain bagi melahirkan
pelajar profesional dan cemerlang yang mampu menyumbangkan kepada
pembangunan negara.
Gesaan Zahid ini merupakan berita baik buat ibubapa pelajar dan pelajar
Maahad Tahfiz dimana, sekolah agama ini bakal diiktiraf dan membolehkan
pelajar-pelajar mendapat tempat dalam pembangunan negara.
Ini juga memberi peluang kepada pelajar Tahfiz untuk mengisi jawatan
dalam kerajaan seperti polis, tentera dan sebagainya, sekaligus memecah
monopoli mereka untuk terus menjadi ustaz/tahfiz sebaik menamatkan
pelajaran.
Bayangkan jika para Tahfiz ini menduduki jawatan seperti polis, sudah
pasti mereka akan menunaikan tanggungjawab berlandaskan syariat Islam
kerana dalam diri mereka sudah diterapkan ilmu agama, sekaligus dapat
mengurangkan peratusan rasuah.
Dalam masa sama, mereka juga dapat menyampaikan dakwah Islam seperti
yang dipelajari mereka sewaktu melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz
kepada rakan-rakan seangkatan dalam jabatan yang diduduki.
Berbalik kepada gesaan Zahid itu, ia dapat memartabatkan sekolah yang
mengetengahkan pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah selari dengan
sekolah-sekolah harian, sekaligus memperlihatkan nama Islam terus
berkembang di negara ini.
Jangan ada pemimpin parti kiasu yang menyalak dengan saranan Zahid
Hamidi sudah laa ye... Bukan apa, ada satu parti tu tak suka kalau Islam
diangkat negara ini. Heheehhe....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment