Monday, January 11, 2016
DAP Isytihar PAS Musuh Utama... DAP Kita Perlu Kuburkan
Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengisytiharkan
pendirian parti itu yang menyifatkan PAS sebagai musuh utama.
Katanya, ia susulan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul
Samad, semalam yang menganggap DAP sebagai musuh parti berkenaan.
"Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar.
"Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk
pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP
bagi kerusi ditandingi PAS," katanya.
Beliau ditemui di Istiadat Angkat Sumpah dan Pengurniaan Watikah
Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Daerah Kuala
Langat, Timbalan Mufti, Ketua Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian dan
Rujuk Orang Islam di Istana Kayangan Isnin.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyempurnakan majlis berkenaan.
Sementara itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata PAS akan menjadikan DAP sebagai musuh pada PRU akan datang.
"Buat masa ini, kita akan tetap bekerjasama dan meneruskan kerjasama parti sehingga PRU akan datang," katanya.
Pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, PAS menganggap DAP musuh terbaharu mereka.
Ia berikutan tindakan DAP yang mahu meletakkan lapan calon di lapan
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang PAS di Selangor pada PRU
akan datang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment