Monday, January 11, 2016
Guan Eng Lebih Sesuai Jadi Presiden PAN?
Kata si Mat Sabu, Guan Eng ini lebih banyak bantu melayu berbanding
UMNO. Dalam situasi dimana takrifan Melayu mengikut perlembagaan turut
membawa maksud seorang yang mengamalkan adat istiadat Melayu dan
agamanya Islam, cakap Mat Sabu ini juga sama makna bahawa Guan Eng lebih
baik bantu umat Islam berbanding UMNO.
Setuju ke semua cakap Mat Sabu tu?
Agaknya apa pencapaian yang dikata lebih dari UMNO tu? Ramai dah ke
usahawan Melayu, ramai dah ke cerdik pandai Melayu yang Guan Eng
hasilkan? Penulis rasa Guan Eng sendiri pun taknak mengaku dia lebih
banyak tolong Melayu sebab DAP sebuah parti yang tak percaya dengan
keunggulan satu kaum ni.
Tak pasal pengundi tradisi DAP (orang cina) yang akan mengundi parti itu
sekalipun Guan Eng letak bayang-bayangnya jadi calon, lari ramai-ramai
pulak nanti.
UMNO pun sebenarnya tak percaya keunggulan satu kaum, UMNO percaya semua
parti yang berasaskan kaum tertentu mesti bekerjasama dalam satu
kumpulan sebab itu yang bertanding dalam pilihanraya bukan UMNO tapi BN –
sebuah parti berbilang kaum.
Setakat setahun sekali bantu masjid dan surau tu belum 1% pun dikata
bantu Melayu dan Islam, banding dengan apa yang UMNO dah buat, macam
langit dengan bumi. Cakap pasal bumi, baru Melayu, belum Bumiputera.
Cerita bab ini kalu, lagi jauh tinggal belakang.
Yang kita dengar sekarang, Melayu di Pulau Pinang mengadu di anak tiri,
nak kata diskriminasi kang, mungkin sakit hati walaupun itu mungkin
lebih tepat. Ada penduduk kampung Melayu nak dihalau keluar dari tanah,
peniaga kecil Melayu kena halau memanjang banding dengan peniaga kecil
bangsa lain – bukak gerai tengah jalan pun dianggap tak menggangu lalu
lintas.
Ini semua rungutan-rungutan yang di dengar, jadi macam mana nak percaya cakap Mat Sabu?
Pun begitu, kalau Mat Sabu betul percaya dengan apa yang dia cakap
kenapa tidak letak saja Guan Eng jadi Presiden PAN, Mat Sabu boleh kekal
Pengerusi – itu baru boleh mula nak tolong Melayu- ada berani ke?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment