Tuesday, January 12, 2016
Syabas MB Terengganu Cakna Rakyat Menimpa Kesusahan.... Inilah Rakyat Mahu
Kesedihan tujuh keluarga yang ditimpa musibah selepas tiga buah rumah
yang dihuni mereka yang terletak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Wakaf
Mempelam terlibat dengan kebakaran kira-kira 3 bulan lalu kini sudah
mula melakarkan senyuman.
Rumah yang dalam pembinaan itu sudah 60 peratus siap yang mana dalam jangkaan boleh di diami pada awal mac nanti.
Menurut salah seorang mangsa, Mohd Nor Jusoh, 63, beliau amat bersyukur
kepada Allah SWT kerana telah didatangi Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd
Rahman Menteri Besar Terengganu yang telah meluluskan rumah baru untuk
keluarganya semasa lawatan beliau pada september lalu.
“Saya dan keluarga tidak sabar untuk mendiami rumah ini kerana ketika
ini kami menyewa rumah di Wakaf Beruas bersama 3 keluarga yang lain”
“Sejak mula dibina rumah ini… saya hari-hari datang melihat sendiri
pembinaan rumah ini dan syukur alhamdulillah… kini sudah hampir siap”
“Saya dan seluruh ahli keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Menteri Besar Terengganu yang begitu cakna serta prihatin kepada kami
rakyatnya yang ditimpa musibah ini” katanya.
Othman,30, turut merakamkam jutaan terima kasih kepada Yab Dato’ Seri
Ahmad Razif Abd Rahman, Pegerusi Penyelaras UMNO Dun Wakaf Mempelam
Salleh Othman, Jawatankuasa J3k Wakaf Mempelam dan seluruh orang awam
yang telibat dalam membantu keluarganya semasa musibah kebakaran yang
lalu.
“Hari ini setelah melihat rumah sumbangan kerajaan negeri terutama usaha
Yab Dato’ Seri Menteri Besar ini.. saya menitiskan air mata dengan
sendirinya”
“Terima kasih.. terima kasih… kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada kami selama ini”
“Sesungguhnya kami tidak dapat membalas jasa semua, semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya nanti… Insya Allah”’ ujurnya.
Sehubungan dengan itu, tiga buah rumah teres dengan nilai RM40,000
sebuah dan dua buah lagi dengan nilai yang sama juga dalam proses akhir
untuk pembinaan serta dijangka selesai pada bulan pertengahan tahun ini.
Sebelum ini Ahmad Razif telah menyatakan , kerajaan negeri akan menanggung perbelanjaan dari segi sewa rumah dan sebagainya.
“Ini adalah komitmen kerajaan negeri dalam membantu rakyat kita saat-saat ditimpa musibah yang sebegini.
“Kita akan melihat apa bentuk bantuan yang perlu diberi kepada mangsa
termasuk anak-anak yang bersekolah termasuk akan meminta Yayasan
Terengganu untuk membantu anak-anak yang bersekolah ini dengan memberi
kelengkapan sekolah, buku, pakaian sekolah dan sebagainya,” ujarnya.
Kebakaran rumah Mohd Nor Jusoh dan Tuan Manisah Tuan Othman di Kampung Wakaf Mempelam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment