
Tuesday, January 12, 2016
Perbahasan Mengenai TPPA Diteruskan Sehingga Malaysia Tandatangan Pada 2018 – Razali

KUALA LUMPUR : Perbahasan mengenai penambahbaikan Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan diteruskan sehingga negara menandatangi perjanjian itu pada 2018.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim
berkata kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat terhadap perkara
itu sehingga ia benar-benar dapat diterima demi kepentingan negara
secara keseluruhan.
Malaysia masih mempunyai banyak masa untuk mendengar pandangan
rakyat sebelum ia ditandatangani pada 2018, namun persidangan khas Dewan
Rakyat selama dua hari mengenai TPPA adalah amat penting, katanya.
Beliau bercakap demikian selepas mengadakan perbincangan
mengenai penambahbaikan TPPA bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) di
sini Selasa malam.
“Kita ada masa dua hari, iaitu pada 26 dan 27 Januari depan untuk
bahaskan perkara ini (di Dewan Rakyat) sebelum muktamadkan perjanjian
ini.
“Kalau dua hari itu kita benar-benar terbuka melihat kepentingan
TPPA, ia memadai untuk memberi persetujuan sama ada meneruskannya atau
tidak,” katanya.
“Yang penting dua hari ni nak sain atau tidak…selepas itu perbahasan masih boleh diteruskan,” katanya.
Mengenai program malam ini, Razali berkata ia bertujuan
membincangkan bagaimana mereka (NGO) boleh memberi pandangan untuk
menerangkan kepada rakyat bukan dalam konteks kerajaan tetapi sebagai
NGO.
“Kita hendak cari jalan bagaimana kita dapat berikan penerangan
dalam konteks yang mudah dan segar supaya rakyat boleh faham mengenai
perjanjian ini,” katanya.
Turut hadir Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.
Rundingan TPPA yang dimuktamadkan pada 5 Oktober lepas, melibatkan
Malaysia dan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia,
Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan
Vietnam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment