Tuesday, January 12, 2016

Saya Merayu Sangat.. Tolonglah Percaya Kata Kit Siang, DAP "Tidak" Anti-Islam, "Tidak" Anti-Melayu

EDITOR MENULIS...
12 JANUARI 2016
Selaku seorang rakyat Malaysia dan mengambil tahu tentang selok belok serta perkembangan negeri di bawah pemerintahan 'Khalifah' Lim Guan Eng, saya kali ini terpaksa 'bersetuju' dengan kenyataan bapanya, Lim Kit Siang yang menafikan DAP anti-Islam dan anti-Melayu.

Kata Kit Siang, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mendakwa DAP bersikap anti-Islam dan anti-Melayu dan tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali. Malah bapa 'Khalifah' Guan Eng itu seolah-olah menuduh pula orang Melayu sebagai 'bodoh' sekiranya percaya pada kenyataan Mohd Najib itu...

'Benar' kata Kit Siang, memang 'bodoh'lah orang Melayu jika percaya DAP itu anti-Islam dan anti-Melayu. Sejarah DAP yang berakar umbi dari PAP di Singapura 'tidak pernah' anti pada Islam mahupun bangsa Melayu selama mereka wujud di bumi Tanah Melayu ini, bukan?

Cuba rujuk pada sejarah negara kita. Bukankah 'DAP' yang pertama ketika menggubal perlembagaan negara telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencipta Perkara 153 yang termaktub tentang keistimewaan Melayu di negara kita?

Sekiranya dirujuk pula pada sejarah penubuhan kabinet Malaysia, 'DAP'lah yang bertanggungjawab mendesak Kerajaan Perikatan di zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman dulu untuk membentuk port folio Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama Islam di negara kita, bukan?

Jadi, perlu diberitahu pada semua generasi baru di negara ini bahawa tanpa 'DAP', maka takkan tertubuh agensi-agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri, Perkim, Yadim dan sebagainya, bukan? Malah penulis 'yakin' bahawa Tabung Haji pun semuanya adalah ilham dari 'DAP', bukan?

Sekiranya dihitung 'pahala' DAP terhadap Islam, boleh dikatakan 'tidak terhitung' banyaknya. Cuba kira semua masjid dan surau di negara kita, ada berapa jumlahnya? Saya yakin bahawa semua masjid dan surau-surau itu juga dibina oleh parti yang bernama 'DAP', bukan?

Itu belum lagi saya ungkit tentang peranan 'DAP' yang berjuang mahu semua masjid dan surau dipasang pembesar suara untuk mengalunkan azan sekuat mungkin, dan membaca zikir memuji Allah SWT sebelum dan selepas azan dilaungkan muazzin, bukan?

Dari sudut kepentingan Melayu pula, 'DAP'lah yang bertanggungjawab memasukkan keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera di dalam perlembagaan seperti penubuhan Rejimen Askar Melayu DiRaja, syarat Menteri Besar dan SUK mesti berbangsa Melayu, kuota dan biasiswa untuk bangsa Melayu, bukan? Semua itu jasa 'DAP'...

Lebih 'menakjubkan' saya, cuba lihat di Pulau Pinang bagaimana anak Kit Siang mentadbir negeri ini. Cuba lihat bagaimana Guan Eng 'menjaga' bangsa Melayu dengan memberi 'keutamaan' kepada mereka tinggal di kawasan elit, mahal dan mewah di sebelah pulau.

Malah atas dasar 'mengutamakan' Melayu, maka ramai masyarakat sebangsa Guan Eng yang 'merempat' menyewa di seberang pulau, melarat di setinggan-setinggan dan kampung-kampung yang sering menghadapi banjir.

Demi 'Melayu' juga, Guan Eng telah 'memakmurkan' ekonomi kita semua dengan membuka ruang-ruang perniagaan 'mampu milik' dan 'strategik' di kawasan tumpuan serta pelancongan di Pulau Pinang, bukan?

Maka tidak hairanlah jika kita dapat lihat sekarang betapa 'kaya raya'nya semua bangsa Melayu di Pulau Pinang dan betapa 'miskin'nya mereka yang sama kaum dengan Guan Eng. Orang Melayu Pulau Pinang semua pakai kereta 'BMW', tapi Guan Eng dan kaumnya semua masih ditakuk 'lama' mengayuh 'basikal' setiap hari menyeberangi jambatan Pulau Pinang...

Jadi, 'tolonglah percaya' pada Kit Siang bahawa DAP tidak pernah anti-Islam, malah 'menyokong' hukum hudud yang sedang diperjuangkan PAS selama ini. Malah saya juga percaya bahawa 'DAP'lah sebenarnya 'pendokong' hudud, 'bukan' PAS! Hebat 'DAP' ini, bukan?

Maka 'benar'lah kata Kit Siang bahawa mereka 'bukan' anti-Islam atau anti-Melayu sebagaimana yang dinyatakan Najib. Kita semua 'perlu percaya' pada kata-kata Kit Siang kerana dia merupakan bapa 'khalifah'. Takkanlah 'bapa khalifah' hendak berbohong, kan? Hmmmmm alahai...

Harapnya semua janganlah lurus sangat dan bebal dalam menilai penulisan saya kali ini... khususnya buat Melayu yang dah pun memilih menjadi BARUA DAP !!!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcFP0-3bUKvJh-SVf1RMxxVi_mvdXfIfLXLAasYUxPpfCalta_b5ePS5hZr2tsiIOIgig_M53Tycnk2g2dzFdu1MiYUGa4x5idEdY_2fKbfpmt6KW2tqUhK-EQShHsX3dwEYf9vDGfLuE/s200/Acoy+16.jpg
Sdr Syamsul Amri Bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment