
Thursday, January 07, 2016
Setuju, Tapi Tidak Iktiraf, PAS Kena Cucuk Hidung Lagi

Merujuk kepada
laporan sebuah akhbar tempatan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
mengumumkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT)
dibahagikan kepada wakil Amanah hasil persetujuan antara PKR, PAS dan
DAP.
Amanah mendapat kerusi ahli majlis atas persetujuan bersama. Itu intipati dari laporan ini.
Namun, hairan bin ajaib apabila Pas
Selangor kekal pendirian untuk tidak mengiktiraf lantikan lapan ahli
majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada Parti Amanah Negara
(Amanah).
Jika menurut laporan, hasil mesyuarat,
mereka bersetuju, tetapi kemudian Pesuruhjaya PAS Selangor membuat
kenyataan tidak mengiktiraf. Jadi, apa bezanya? Bukankah Amanah kekal
menerima layanan esklusif dari PKR dan DAP?
Sedar atau tidak, senario sebegini sudah
lama membelenggu PAS, apabila suara mereka sering dianggap “kelas
kedua” oleh sekutu-sekutu mereka. Bagi PKR dan DAP, apa jua keputusan
boleh dibuat secara bersama tanpa PAS, kerana akhirnya PAS pasti akan
akur, persis “samikna wa atokna”.
Waima wakil PAS ada di dalam mesyuarat
pun, PKR dan DAP tetap dan mampu berbuat semahunya. Untuk PAS, ada
seperti tiada, jasad wujud kalam kelu ketika bermusyawarah untuk
mempertahankan haknya.
Mungkin ada ahli PAS yang dapat menerima
hakikat pemilikan lapan kerusi PBT oleh Amanah kerana tidak mengorbankan
kerusi-kerusi yang dimiliki oleh PAS sebelum ini. Namun, apa yang
mereka tidak faham ialah bagaimana parti mereka sebenarnya terkeluar
dari sifat “kebersamaan”.
Segalanya hanya berkisar tentang PKR dan
DAP. Jika PAS terpecah lagi kepada satu lagi parti selepas Amanah,
nescaya parti baru tersebut akan turut menerima layanan esklusif seperti
Amanah.
Pecah dan perintah, itu yang sedang berlaku ke atas PAS.
Angguk-angguk, geleng-geleng.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment