Sunday, January 10, 2016
Siapa Yang Tidak Kenal Pemimpin DAP Ni...... Kenyataan Guan Eng Tidak Sopan, Angkuh
Parti Gerakan negeri melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ketua
Menteri, Lim Guan Eng dalam isu berkenaan penganjuran sambutan perayaan
masyarakat Cina di kawasan Chew Jetty di sini.
Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak sopan, Setiausahanya, Oh Tong
Keong berkata, tindakan Guan Eng yang menyentuh mengenai pemilikan tanah
dalam kalangan penduduk di kawasan tersebut juga memperlihatkan sikap
angkuh Ketua Menteri berkenaan.
Menurut beliau, kenyataan itu juga seolah-olah menunjukkan kerajaan
negeri mahu memusuhi rakyat di negeri ini khususnya penduduk di Chew
Jetty.
“Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan untuk dilakukan pemimpin
Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sebelum pilihan raya mereka
bersungguh-sungguh menyatakan mahu menubuhkan kerajaan rakyat.
“Tetapi setelah berkuasa, mereka langsung tidak mengendahkan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan yang tersebar secara meluas di laman
sosial berhubung kenyataan Guan Eng dalam reaksi terhadap bantahan
penduduk Chew Jetty yang membantah hasrat Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu
menganjurkan Festival Kebudayaan dan Warisan di kawasan mereka.
Dalam reaksi itu, Guan Eng dilaporkan berkata: “Ini bukan tanah bapa
kamu” selepas penduduk Jetty Chew tidak bersetuju dengan cadangan
kerajaan negeri tersebut kerana bertembung dengan sambutan tahunan Thni
Kong Seh iaitu hari ulang tahun kelahiran Maharaja Jade yang dianjurkan
penduduk tempatan.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya penduduk di
Chew Jetty yang turut mengingatkan Guan Eng yang mana tanah-tanah di
negeri ini juga bukan milik beliau atau bapanya, Lim Kit Siang.
Dalam pada itu, Toh Keong berkata, kenyataan Guan Eng tersebut sekiranya
benar seperti dilaporkan, adalah sesuatu yang kasar dan tidak
sepatutnya diucapkan khususnya dalam masyarakat Hokkien.
Menurut beliau, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng sepatutnya mencari
penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan sebarang pertikaian bersama
rakyat, bukannya mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu
menakut-nakutkan rakyat.
“Sepatutnya dalam menyambut apa juga perayaan, kerajaan negeri khususnya
Ketua Menteri mestilah bersama dengan rakyat, bukannya terus bermain
politik kerana yang terkesan adalah rakyat sendiri,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment