
Sunday, January 10, 2016
'Mereka Ini Betul-Betul Gila Termasuk Bonda Ratu'
MELAKA : Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan dua
individu yang mendakwa diri mereka berketurunan raja dan pewaris takhta
negeri Melaka sebagai gila kuasa sehingga sanggup menjadikan negeri ini
sebagai bahan jenaka.
Menurut beliau, tindakan kedua-dua individu yang menggelar diri mereka
sebagai Sultan Melaka dan Bonda Ratu itu, bukan saja tidak diterima
rakyat di negeri ini, malah di peringkat negara dan antarabangsa.
"Saya kira, mereka ini orang gila termasuklah Bonda Ratu atau siapa pun
yang berkaitan dengannya sebagai individu gila kuasa, gila takhta atau
pun betul-betul gila,” katanya.

Menurutnya, negara sudah 59 tahun merdeka dan ada Perlembagaan yang
menyebut secara jelas tentang negeri-negeri Melayu, sembilan negeri yang
mempunyai raja dan sultan, manakala Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Sarawak pula mempunyai Yang di-Pertua negeri masing-masing.
“Zaman ini, mana ada lagi orang yang hendak tuntut takhta. Cubalah bawa
bertenang dan ingat tuhan, kepada siapa kuasa itu hendak diberikan dan
daripada siapa pula kuasa itu yang nak ditarik semula adalah ditentukan
tuhan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Idris turut mengucapkan tahniah kepada polis kerana kecekapan mereka
mengambil langkah proaktif mengekang kejadian yang boleh memalukan
negara.
Kelmarin, seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang menggelarkan
dirinya Bonda Ratu dan pasangannya ditahan sepasukan polis dari Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sebuah rumah banglo di Sungai
Rambai, Jasin, kira-kira jam 2 petang.
Wanita tersebut yang mendakwa dirinya sebagai Raja Kerinchi Tinggi
Sumatera, Indonesia merancang mengadakan majlis penganugerahan pingat di
negeri ini, hari ini.
Sementara, seorang ahli perniagaan, Raja Noor Jan Tuah, 58, turut
mengadakan majlis penganugerahan pingat kebesaran baru-baru ini yang
kini masih dalam siasatan polis.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment