Tuesday, January 12, 2016
Syabasss Rita Sosilawati Bakal Taja Pasukan Liga Super
Memang terbaiklah semakin hebat dan rancak sukan bola sepak kita kita.
PETALING JAYA : Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV) Erni Dekritawati
Yuliana Buhari dilapor sedang mempertimbang untuk menaja sebuah pasukan
yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perkara itu didedahkan oleh rakan anak sulung jutawan kosmetik,
Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya kepada media pada Selasa.
Sumber yang enggan mendedahkan identiti itu mendakwa, Erni Dekritawati
atau Rita Sosilawati telah memberitahu rakan terdekat bahawa dia sedang
mengintai dua pasukan untuk ditaja sekaligus dapat mempromosikan produk
keluaran NV.
"Ketika kami bersembang beberapa hari lalu, Rita ada memberitahu untuk
menaja pasukan daripada Liga Super. Dia sedang memilih satu daripada dua
pasukan yang diminati. Urusan tajaan ini bukan perkara baru kerana ia
merupakan permintaan suaminya sejak tahun lalu bagi mengembangkan
perniagaan.
"Tetapi dia masih tidak mendedahkan pasukan yang akan ditaja, sama ada
dari utara atau selatan, kami cuba bertanya tapi dia minta kami menunggu
dahulu.
"Setakat yang saya dan rakan-rakan lain tahu, Rita memang minat menonton
bola sepak tetapi sukar untuk tahu pasukan manakah yang diminatinya,"
jelasnya sumber itu ketika ditemui mStar Online.
Rita bakal tampil sebagai jutawan kosmetik kedua yang menaja pasukan
daripada Liga Super selepas Datuk Seri Dr Hasmiza Othman iaitu pemilik
Vida Beauty Sdn Bhd jika hasratnya direalisasikan.
Sebelum ini, Datuk Seri Vida bersetuju menyediakan dana sebanyak RM16
juta untuk menaja pasukan Kelantan selama dua musim dengan syarat
tertentu termasuk mengecat stadium berwarna merah jambu.
Rita sebelum ini merupakan penaja utama bagi program realiti, Akademi
Fantasia 2015. Difahamkan jumlah tajaan Rita bagi program berkenaan
mencecah RM3 juta.
Pada masa sama, syarikat yang diterajui Rita telah pun mewujudkan
kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam meningkatkan
kemahiran golongan beli.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment