Thursday, January 07, 2016
Syabasss..... Negeri Sembilan TOLAK Cadangan PBT Naikkan Cukai Pintu!
Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menaikkan kadar cukai pintu bagi tahun 2016.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammad Hassan mengambil keputusan itu
bagi mengurangkan beban rakyat yang berhadapan dengan kenaikan kos sara
hidup ketika ini.
“PBT telah mengemukakan cadangan untuk menaikkan cukai pintu pada tahun
ini, memandangkan nilai hartanah yang meningkat berkali ganda seperti di
Seremban, Jempol dan Nilai.
“Namun selepas mengambil kira kos sara hidup tinggi dan kesusahan orang
ramai, kerajaan negeri buat keputusan untuk tidak membenarkan PBT
menaikkan cukai pintu di kawasan masing-masing,” katanya dalam sidang
media di Wisma Negeri, Seremban semalam.
Menurutnya, kadar cukai pintu di Negeri Sembilan kekal sejak lapan tahun yang lalu.
Sementara itu, mengulas mengenai tempoh pengecualian bayaran permit
kepada penjaja, beliau mengesahkan ia dilanjutkan sehingga penghujung
2017.
Keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri
dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 penjaja di negeri itu.
“Pengecualian bayaran permit kepada penjaja selama dua tahun telah
berakhir hujung tahun lalu. Maka dalam mesyuarat Exco semalam kita
putuskan untuk sambung selama dua tahun lagi, sehingga hujung 2017,”
katanya.
Beliau juga telah mengarahkan PBT supaya tidak bersikap terlalu keras terhadap penjaja yang melanggar peraturan.
“Saya minta PBT agar lebih inklusif, janganlah halau dan rampas kerusi meja penjaja, runtuhkan gerai mereka.
“Tapi nasihatkan mereka dan kalau boleh, cari tempat yang sesuai untuk
tempatkan mereka agar dapat berniaga dalam keadaan yang selesa,” katanya
lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment