Thursday, January 07, 2016
DS Najib Dihina Dicaci Tanpa Sebab Kerana Kebodohan Bangsa Melayu Yang Suka Telan Berita Fitnah !!!
Sememangnya bukan mudah menjadi DS Najib, beliau ibarat kain buruk yang mudah dipijak, dibaling dan dibuang begitu sahaja.
Betapa hinanya beliau yang tanpa sebab dihina sebegitu rupa, bukan semua
mampu menjadi DS Najib, bayangkan gambarnya diletak najis, dibakar,
diludah, dicerca kerana manusia bodoh bernama melayu mangkuk ayun yang
nilai dirinya hanya menelan perkara negatif.
Enjoy sana sini, sudahnya duit semakin kurang DS Najib juga dicercanya
sebab menyusahkan dirinya, banyak tuduhan keterlaluan dilepaskan dalam
Facebook, whatsap, twitter demi kepuasan tanpa sebab, makanan kejahatan
sudah nyata mengalir dalam diri mereka, yang sedih orang kita, Melayu
yang begitu angkuh menghina orang lain.
Dunia media sosial semakin tidak waras.
BACA DAN NILAIKAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali
pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd
Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada
sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang
sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa
kepada kita.
2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial,
rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan
sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan
menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan
kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha
memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun
bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6
Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan
ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan
sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.
5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang
tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita
anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan
Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran
Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat
Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan
dan lebih teruk difitnah?
6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang
begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran
Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1
Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM
29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B
(2013) dan RM 39.6B pada 2014.
7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita
tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan
pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan
taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat
gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.
8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu
membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1.
Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena
antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun
mengalami kejatuhan berbanding dolar.
9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18
matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia
sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti
beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.
11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd
Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta
kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti
BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata,
bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk
rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi
mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.
12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka
melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan
dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari
ini?
13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib
di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung.
Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan
begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar
Islam.
14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri
bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak
pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib
mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal
memaki Mohd Najib.
15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam
kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam.
Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan
kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan
Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia,
dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah
turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat
Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan
Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam
Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.
18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau,
malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang
penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri
Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam,
seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku
beliau.
19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan
kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini
tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah
menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?
20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa
kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di
negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.
21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini
melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd
Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan
pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau
kita sendiri?
Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.
Wassalam
*****************************************
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment