Thursday, January 07, 2016
Kerja Kerajaan Tapi Kutuk Kerajaan... Berjawatan Penyelia Lagi Tapi Tolol Tak Sudah
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. bila berposting
di FB jangan pula sesuka hati. Sedar-sedarlah awak tu bertugas dan
mencari rezeki dengan siapa. Kalau awak bertugas dengan swasta atau
bekerja sendiri tu lainlah.
Mungkin kerana teruja untuk turut sama ‘kutuk berjemaah’ atau
kemungkinan staf KEMAS ini antara parasit yang ada di dalam pentadbiran
kerajaan pusat atau besar kemungkinan beliau adalah sebahagian dari
golongan ‘picit laju-laju’ sebar fitnah terhadap kerajaan BN selama ini.
Akibatnya, satu Surat Tunjuk Sebab telah di keluarkan kepada Nadia Liana
Mohd Rasidi seorang Penyelia Kemas apabila beliau dengan jelas telah
menjejaskan nama baik Kementerian Luar Bandar berikutan kenyataannya
didalam facebook.
Penama telah mengeluarkan kenyataan dalam akaun facebook -“tak minta apa
apa untuk tahun ni,cuma minta Najib dan Rosmah sedar diri,pastu Ahmad
Maslan jangan nak melawak bodoh je kerjanya”
Dalam komen balas penama yang di kenali sebagai Kak Nedd telah
dinasihatkan oleh seorang rakan namun masih berdegil bahkan mengeluarkan
pula kenyataan lain.
” Ramai lagi hok kurang ajar statusnya…saya mintak diorang bertobat je”
Beliau merupakan seorang Pemaju Masyarakat Tabika Taman Sg Isap Perdana
Kuantan telah menerima surat tersebut pada 4 Januari 2016 dari pihak
atasannya. Status ‘Kak Nedd’ telah di buat pada 1 Januari2016, ditujukan
kepada Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dan
Isteri serta Timbalan Menteri.
Penjawat Awam tertakluk kepada Pekeliling Tindakan Tatatertib dibawah
Perkara4(2), Perkara 19(1) dan 19(2) Bab D Peraturan Pegawai Pegawai
Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
Perlakuan oleh sesetengah Penjawat Awam membuat provokasi melalui laman
sosial sememangnya amat memalukan. Mereka ini lupa bahawa sebagai
Penjawat yang di gajikan oleh Kerajaan ada etika yang perlu di patuhi
sepanjang berkhidmat sebagai Kakitangan Kerajaan.
Ada pula kalangan mereka mengkritik hanya dengan melayari portal
pembangkang serta mem’viral’kan berita tidak sahih semata mata untuk
menimbulkan persepsi buruk kepada Kerajaan. Malah lebih memburukkan
keadaan tanpa rasa bersalah ada dokumen rahsia didedahkan hanya kerana
ingin popular.
Tindakan tegas oleh Kementerian keatas ‘Kak Nedd’ wajar menjadi panduan
kepada yang lain agar menghormati etika pekerjaan mereka. Kementerian
lain juga wajar menjadikan ini contoh kepada kakitangan mereka dan
mengingatkan bahawa sebagai Penjawat Awam ada peraturan yang perlu di
patuhi atau mereka boleh memilih opsyen untuk berhenti dari berkhidmat
dan menyertai bidang ‘politik facebook’.
Tiada guna menyimpan mereka yang tidak tahu menghargai peluang yang di
beri sedangkan ramai lagi yang lebih layak menunggu giliran untuk
menabur khidmat kepada rakyat dan Kerajaan.
Perlu juga diingatkan ada sesetengah Ketua Jabatan dalam Kerajaan juga
mempunyai sikap sama seperti ‘Kak Nedd’ dan mereka menjadi duri dalam
daging kepada Kerajaan.
Mencampurkan isu peribadi dan politik dalam karier sering terjadi bila
tiada ketegasan dan Cuepacs selaku agensi yang mewakili Penjawat Awam
hanya melihat perkara dengan sebelah mata perkara ini.
Mungkin ‘Kak Nedd’ dan ramai lagi akan mendapat pengajaran seperti permintaan beliau sempena tahun baru 2016?
Beranikah Ketua Jabatan bertindak tegas keatas duri dalam daging ini?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment