Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat berkata, pemimpin dan penyokong perlu memahami makna kerjasama namun kerjasama itu tidak akan membawa apa-apa makna jika ia tidak berakhir dengan berpakat dalam pilihan raya.
“Umno konsisten dengan pendirian untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak. Sejak dulu hingga kini tidak berganjak dengan prinsip yang dipegang demi kesejahteraan rakyat. Tidak tamak untuk berkongsi kuasa.
“Maka parti-parti politik ini tidak perlu buang masa berpolemik hal kerjasama jika tidak dapat bersama dalam pilihan raya,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang menetapkan parti itu tidak akan menyertai BN dan bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan demi memperkukuhkan Islam.
Menurutnya, mempertahan, membela dan memartabatkan Islam adalah sebenarnya memerlukan kekuatan politik.
Beliau berkata, sebagai contohnya di Pulau Pinang, Umno tidak dapat pertahankan hal-hal berkaitan kesucian agama Islam adalah kerana kelemahan politik orang Islam di negeri itu.

No comments:
Post a Comment