Sunday, January 10, 2016
YB LAU (DAP) Putar Belit Tak Mau Bayar Hutang – Chan
Selamat pagi kepada semua wartawan, saya disini sebagai pemiutang kepada
ADUN Pengkalan Kota ingin menjelaskan dan mengembalikan kebenaran
antara isu kewangan antara pihak saya dengan ADUN tersebut, YB Lau Keng
Ee.
Sejak 5/5/2013 hingga kini, YB Lau Keng Ee pinjam duit yang melebihi
RM200,000 daripada saya. Beliau pernah memulangkan duit sebanyak
RM50,000 kepada saya semasa musim perayaan tahun baru cina pada tahun
2014, tapi selepas itu beliau pinjam lagi duit daripada saya, maka
hingga sekarang, jumlah duit yang dipinjam YB Lau daripada saya telah
melebihi RM200,000.
Saya ingin mendapat balik duit saya dengan secepat mungkin, maka saya
bercadang kepada YB Lau, bahawa asalkan YB Lau pulangkan RM200,000,
dalam angka bulat kepada saya, yang baki itu tidak perlu beliau
pulangkan.
Daripada RM200,000 itu, tolak RM50,000 yang dipulangkan YB Lau pada
tahun 2014, maka beliau masih perlu pulangkan sejumlah RM150,000 kepada
saya.
Di sini, saya ingin menunjukkan 2 keping cek, membuktikan bahawa YB Lau
memang meminjam duit daripada saya, bukan apa yang dikatakan YB Lau
beberapa hari lalu, bahawa beliau tidak hutang duit kepada saya.
2 cek ini masing-masing ditulis dalam amaun RM10,000, yang diberi oleh
YB Lau kepada saya, selepas perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2014,
yang bertarikh 24/5/2014.
Pada masa itu, YB Lau bercakap ingin pinjam duit daripada saya, dan
amaun dalam cek itu dapat diambilnya dari bank selepas sesetengah
projeknya diluluskan, lalu memulangkan duit kepada saya. Ketika itu,
saya percaya kepadanya , maka pinjam lagi wang tunai sebanyak RM20,000
kepadanya.
Ramai orang tertanya-tanya, mengapa saya percaya kepada YB Lau, sanggup
pinjam begitu banyak duit kepadanya.Pada mulanya, saya tidak tahu YB Lau
seorang yang pinjam duit tapi sanggup berhutang kepada orang. Jika saya
tahu yang ini sikap dan tabiat buruknya, saya pasti tidak akan pinjam
duit kepadanya.
Saya telah cuba beberapa cara, mintanya pulangkan duit itu.
Saya pernah jumpa dengan pihak atasan DAP Pulau Pinang, minta mereka tolong kejar YB Lau pulangkan duit saya itu, tetapi gagal.
Maka saya pun minta pekerja saya cari YB Lau, akhirnya YB Lau pula buat
laporan polis, mendakwa keselamatannya terancam.Saya hendak selesaikan
masalah ini dalam cara yang mudah, asalkan beliau pulangkan amaun itu,
dimana saya telah memberi diskaun kepadanya, tapi beliau enggan berbuat
demikian.
Sekarang beliau tidak mahu menjawab telefon saya, dan cara beliau
melayan saya tidak seperti dulu, semasa beliau ingin pinjam duit
daripada saya. Masa itu, tiap-tiap hari boleh jumpanya.Tambahan lagi,
saya penyokong DAP, sering kali pinjam duit dan tolong DAP, YB Lau tahu
semua ini.
Saya berharap dengan adanya sidang akhbar ini, pemimpin DAP di peringkat
nasional seperti Lim Kit Siang boleh bantu saya mengendalikan masalah
ini.Apa yang saya minta ialah, pulangkan duit sebanyak RM150,000 itu.
Note:
Two weeks ago, the DAP YB Lau Keng Ee made a police report as he says he
has been chased by debt collectors and feared for his safety. He then
made a press conference to deny that he owed any money to the creditor.
Today, the creditor, who is a JKKK member as well as a former friend to
the YB made a Press conference to provide proof of the owings.
The creditor had also made a police report to clarify the matter, in case the Police goes after him for “threatening” the YB.
The creditor had also told police that the YB borrowed the money from him to co-develop a housing project in Penang on C.Y Road.
The YB was also driving around using this Porsche car for quite some time. This car is registered to Mr Chan Swee Teik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment