Monday, January 11, 2016
Zaid Cadang Pakatan Harapan Umum Tolak Hudud.... Melayu Liberal
Apa macam... ada berani ke Pakatan Harapan yang belum teruji untuk
membuat pendirian bersama mengenai isu pelaksanaan undang-undang hudud
di negara ini.
Bagi bekas menteri kerajaan BN yang kemudiannya menyokong pembangkang
Datuk Zaid Ibrahim, Pakatan Harapan perlu berani untuk menyatakan
pendirian bahawa gabungan parti pembangkang itu tidak menyokong hudud.
Menurutnya Pakatan Harapan sepatutnya mengumumkan gabungan itu akan
melindungi Perlembagaan tetapi tidak boleh menjadikan hudud sebahagian
daripada undang-undang.
“Anda (Pakatan Harapan) tidak boleh mengatakan bahawa anda
mempertahankan demokrasi, hak asasi dan Perlembagaan tetapi pada masa
yang sama, anda berkata bahawa anda tidak pasti tentang hudud. Ia adalah
bercanggah,” katanya dipetik portal FMT.
Beliau mengulas pendirian pemimpin utama Pakatan Harapan yang tidak membuat pendirian jelas dalam isu hudud.
Zaid bagaimanapun berkata, beliau dapat memahami kebimbangan Pakatan Harapan yang risau akan kehilangan sokongan orang Melayu.
“Saya fikir orang Melayu yang mahu hudud akan mengundi untuk PAS. Jadi,
saya tidak tahu apa sebabnya Pakatan Harapan teragak-agak.
.
“Mereka mungkin takut orang Melayu akan salah faham mereka, tetapi saya
tidak fikir orang Melayu akan bertindak balas, anda hanya perlu
menerangkan kepada mereka,” katanya.
Khamis lalu, Pengerusi Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan,
Baljit Singh menerusi kenyataan media berkata, Pakatan Harapan mesti
menyatakan pendirian mengenai hudud dan pengundi berhak untuk tahu
pendirian bersama pakatan pembangkang mengenai undang-undang yang
berasaskan syariah.
Baljit menyifatkan pembentukan pakatan yang baru ditubuhkan sebagai satu
percubaan yang sengaja untuk menutup perbezaan dan kegagalan untuk
mencapai kata sepakat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment