Monday, January 11, 2016
DAP Tetap Bertanding Di Lapan Kerusi DUN, Isytihar PAS Musuh Utama
SHAH ALAM : Selepas PAS menyifatkan DAP sebagai musuh mereka, hari ini
giliran parti dominasi Cina itu pula melakukan perkara yang sama.
Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan
pendirian parti itu yang menganggap PAS sebagai musuh utama, susulan
kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad semalam.
"Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar," katanya dipetik Berita Harian.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Iskandar semalam yang
menyifatkan DAP sebagai musuh, ekoran mahu meletakkan calon di kawasan
yang ditandingi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Mengulas lanjut, ujarnya, DAP akan meneruskan hubungan profesional dengan PAS dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri.
"Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk
pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP
bagi kerusi ditandingi PAS," katanya.
Pertelingkahan berhubung soal kerusi itu bermula apabila Pengerusi DAP
Selangor, Tony Pua, mengumumkan persiapan untuk meletakkan calon dan
bertanding di lapan kerusi DUN di Selangor yang kini dipegang oleh wakil
PAS.
Lapan kerusi yang menjadi sasaran parti itu ialah Taman Templer, Lembah
Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung
Sepat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment