Monday, January 11, 2016
Langkah Kerajaan Memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Sengaja Dijadikan Isu Oleh Pihak-Pihak Tertentu Untuk Membangkitkan Kemarahan Rakyat
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir
Samad berkata, cerita mengenai Malaysia akan dijajah oleh Amerika
Syarikat (AS) hanya satu momokan tidak tepat sehingga boleh mengganggu
emosi.
Beliau yang turut membangkitkan persoalan mengenai penjajahan itu
berkata, AS tidak mungkin menjajah 11 negara yang mungkin bersetuju
dengan TPPA itu.
“Tidak mungkin AS akan menjajah 11 negara anggota TPPA kerana semua
negara berkenaan adalah negara yang merdeka, bebas dan berdaulat.
“Takkan ini bermakna Brunei juga akan dijajah,” katanya yang dipetik dari laman portal bnbbc.my.
Justeru, Shahrir yakin perkara mengenai penjajahan adalah satu tuduhan
tidak benar sebaliknya, langkah itulah yang sering dimomokkan pihak
tidak bertanggungjawab yang tidak mahu melihat Malaysia menandatangani
perjanjian berkenaan.
Dalam pada itu, beliau percaya, langkah kerajaan mengadakan penerangan
TPPA secara terperinci di peringkat Parlimen dan Dewan Negara diyakini
mampu menghentikan sebarang tanggapan tidak tepat mengenainya termasuk
cerita penjajahan tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment