Monday, January 11, 2016
Rafizi Pun Tak 'Confident' Dengan PAN !!!
Melihat keadaan pakatan baru yang sengaja diwujudkan dengan nama baru
Pakatan Harapan.
Nampak gayanya antara DAP, PKR dan AMANAH sudah
terjerumus dengan taktik politik memakan diri.
Wujudnya Amanah adalah kerana inginkan Pas ditanam arus politiknya.
Tetapi apa yang berlaku, serangan ke atas Hadi Awang untuk melumpuhkan
imejnya dimata akar imbi Pas semakin hilang arah, malah sokongan simpati
menjadikan makin ramai pula menjadi Ahli Pas bukannya Pan.
Itulah yang memeningkan kepala sang pencipta parti Amanah. Dap
terutamanya yang dikatakan juga pemberi dana untuk parti serpihan Pas
itu.
Apakah keadaan ini bakal merosakkan perancangan Dap, Pkr untuk menakluk Putrajaya?
Tanpa Pas sememangnya keadaan Pakatan Harapan cukup lesu. Lesunya ibarat
jatuh tertiarap terkena pula taik kucing fresh dihidung pula tu.
Kesimpulannya, Pas bergerak seorangan pun tiada masalah, isu kerjasama dengan Umno pun hanya cerita-cerita donggeng sahaja.
Kita tunggu drama-drama mereka yang cukup pecah panggung nanti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment