Monday, January 11, 2016

PAS Isytihar Tak Gentar Pakatan Harapan… Nak Tanding 25 Kerusi Selangor

Gendang perang semakin bergema antara PAS dan Pakatan Harapan setelah tiga parti itu PKR-DAP-Amanah tandatangan perjanjian untuk mengikat mereka Sabtu semalam.

Gema itu begitu terasa pada majlis pelancaran jentera pilihannraya PAS Selangor yang kebetulan berlangsung di Kuala Selangor Ahad.Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang yang lancar majlis itu PAS tidak gentar dengan Pakatan Harapan.

"Pakatan bukan hal baru. Ada Pakatan Harapan dan lain-lain pakatan sejak 60 tahun lampau dan sesetengahnya tumbang tetapi kami terus berdiri,”katanya kepada wartawan selepas itu.

Selain itu,katanya parti itu lebih berpengalaman dan pernah berdepan pakatan musuh politik yang lebih besar.

Paling ketara,Persuruhjaya PAS Selangor yang juga Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad secara terbuka kata PAS berhajat untuk bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor pada pilihanraya umum ke 14 berbanding 20 pada pilihanraya umum lalu.

Tanpa menyebut dimana lima kawasan DUN yang berkenaan,beliau mendakwa ia berikutan desakan ahli akar umbi agar PAS bertanding situ.Pada PRU13 PAS bertanding 20 kerusi DUN dan menang 15.Berikutan perpecahan PAS baru-baru ini tinggal 13 bila dua ADUNnya menyertai Amanah yang diketuai Mat Sabu.

PKR menang 14 kerusi dan kini tinggalk 13 kerana ADUN Pelabuhan Kelang,Tan Sri Khalid Ibrahim kini ADUN Bebas.DAP pula kekal dengan 15 kerusi yang dimenanginya.

Iskandar dakwa PAS yakin ia boleh menang di lima kawasan baru itu.Jika keputusan ini jalan terus sudah pasti akan berlaku bertembungan tiga penjuru di banyak tempat antara calon PAS-BN-Pakatan.

“Dan di mana kerusi ini? Mari kita tunggu dan lihat. Kita akan menang di kerusi-kerusi tambahan ini,” kata Iskandar.

Apa yang pasti hubungan ‘ talian hayat’ PAS-PKR dalam kerajaan Selangor kini hanya boleh bertahan hingga pilihanraya umum akan datang.Perjanjian yang ditandatangani PKR-DAP-Amanah Sabtu mengikat ketiga parti wajib patuh kepada keputusan politik bersama.

Amanah dan DAP adalah seteru utama PAS.Dalam pada itu Iskandar akui lapan dari 13 kerusi yang dipegangnya akan berdepan cabaran.Tidak lama dulu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dakwa DAP boleh menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru DAP-PAS-BN di lapan kerusi itu.

Kerusi berkenaan ialah Seri Serdang, Dusun Tua, Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras dan Meru. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment