Monday, January 11, 2016
Dua Rakyat Malaysia Jadi Pengebom Bunuh Diri... Bunuh 33 Orang
Dua rakyat Malaysia meletupkan diri mereka dan membunuh kira-kira 33 orang di Asia Barat baru-baru ini.
Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, dari Terengganu dan Mohamad Syazwan Mohd
Salim, 31, dari Selangor menjalankan misi untuk kumpulan pengganas
Islamic State (IS) masing-masing di Syria dan Iraq seperti yang dipetik oleh beberapa media hari ini.
Ekoran itu, ia membawa kepada seramai 17 kematian rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan IS.
Amirul meletupkan bom yang berada padanya di dalam sebuah kereta di
Raqqa, Syria bagi berhadapan dengan Angkatan Demokratik Syria yang telah
membunuh 21 orang pejuang Kurdish pada 29 Disember lalu.
Amirul dilaporkan telah meninggalkan keluarganya untuk menyertai IS pada
Oktober 2014. Dia merupakan diantara 16 pejuang yang mati dibunuh oleh
pejuang Arab dan Kurdish.
Pada malam 3 Januari lalu, Syazwan dan enam yang lain pergi ke sebuah
pusat latihan polis di pangkalan tentera Spekher, 160 kilometer dari
Baghdad.
Mereka kemudian ditembak oleh pihak polis. Bagaimanapun, mereka berjaya
meletupkan jaket yang diisi bom dan membunuh 12 anggota polis termasuk
dua pegawai, menurut sumber.
Syazwan meninggalkan negara ini dan adiknya yang berusia 28 tahun,
Muhamad Shazani untuk menyertai kumpulan pengganas pada September 2014.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment