Monday, January 11, 2016
Najib Terkejut Dua Rakyat Malaysia Terlibat Serangan Bom Berani Mati
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau
terkejut dan terperanjat mendengar bahawa dua rakyat Malaysia
dilaporkan terbabit dalam serangan bom berani mati di Iraq dan Syria,
yang mengakibatkan lebih 30 orang yang tidak berdosa terkorban.
Menerusi catatan dalam laman Facebook pada Isnin, Najib berkata tindakan
dan ideologi tidak diterima di Malaysia atau Islam, dan kerajaan
sememangnya komited untuk memerangi keganasan dalam semua bentuk dan
penyamaran, baik di negara ini mahupun di luar negara.
"Kami akan berusaha untuk mengetahui bagaimana dan mengapa kedua-dua
anak muda ini sanggup melakukan perbuatan kejam ini, dan akan mengambil
segala langkah yang perlu untuk mengelakkan orang lain daripada berbuat
demikian pada masa depan," kata beliau.
Menurut laporan berita hari ini, dua rakyat Malaysia meletupkan diri
mereka sendiri, menyebabkan lebih 30 orang di Syria dan Iraq maut minggu
lepas.
Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, yang berasal dari Terengganu, meletupkan
bom yang berada padanya dalam sebuah kereta semasa pertempuran di kubu
kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Raqqa, Syria, pada 29 Disember,
menurut laporan itu.
Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31, yang melaksanakan misi pada malam 3 Januari,
ialah seorang daripada tujuh pengebom berani mati yang menyusup ke
pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, kira-kira 160km ke
utara Baghdad, Iraq.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment