Sunday, June 24, 2012

Saman Karpal ! : Gesaan YB Zulkifli Noordin


SAMAN KARPAL!

Salam 2 all.
Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.

Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka.

Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang.

Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.

Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka).

Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik.

Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.

Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal.

DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri!

Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!

So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall.

Adios amigos, grasias amigos!

Wallaha'alam & wassalam!

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru

Tolong Selamatkan Abby Aabadi Daripada Diracun Oleh Pemikiran PAS


June 25, 2012
abby
Pelakon terkenal, Abbay Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.

Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…

“Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat ‘hidayah sesat’? Apa tu?,”.

Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi “batu api” apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.

Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.

Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.

Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.

Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.

Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti “talk show” Malam Keinsafan Bersama Selebriti  yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru ini.

Program “talk show” setahu saya bukanlah ceramah politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.

Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.

Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali. Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.

Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik Aziz bergelar ulama.

Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa buah negeri.

Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.

Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak boleh dikecam atau dikutuk?

Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa “veto”nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga “mencarut” di dalam Al-Quran.

Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang melontar najis kepadanya?

Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf. Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.

Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik, rasanya tak payah berguru pun tak rugi…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bershit 3.0 : Singapura Tidak Perlu Tegakkan Benang Yang Basah !


June 24, 2012
singapore bershit
Kerajaan Singapura sebelum ini mengesahkan kehadiran agen-agen diplomat mereka pada himpunan Bershit 3.0 yang berlangsung di Dataran Mereka pada 28 April lalu. Itu adalah satu fakta utama atau perkara pokok.

Seorang pegawai yang menjadi jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura juga menjelaskan bahawa ia adalah satu tindakan biasa bagi negara-negara jiran untuk hadir menjadi “pemerhati bebas” di himpunan tersebut. Itu juga fakta jawapan dari mereka.

Katanya, Singapura menghalang dan tidak membenarkan himpunan Bershit 3.0 diadakan di negara mereka pada 28 April lalu dan ia adalah bukti yang kononnya negara itu menolak untuk campur tangan hal ehwal dalaman Malaysia.

Pertamanya, apa perlunya menghantar diplomat Singapura untuk turun padang pada himpunan Bershit 3.0 tempohari?

Kata jurucakap Kerajaan Singapura itu, agen-agen mereka itu tidak memakai pakaian kuning Bershit 3.0 dan “menghindari” dari kawasan Dataran Merdeka.

Kalau sekadar cakap, sesiapa pun boleh menyatakan begitu. Benarkah agen mereka tidak memakai baju kuning pada himpunan tersebut? Bagaimana jika ada pihak yang membuktikan agen-agen dari diplomat Singapura memakai pakaian Bershit 3.0 di himpunan itu?

Bagaimana pula dengan “menghindari” kawasan Dataran Merdeka sedangkan himpunan itu berlangsung di kawasan tersebut? Takkanlah “pemerhati” himpunan Bershit 3.0 dari Singapura diarahkan untuk memantau di Langkawi atau Pulau Pangkor pula pada 28 April itu?

Singapura menolak dakwaan mereka melanggar Konvensyen Vienna. Benarkah mereka tidak langgar Artikel 41(1) Konvensyen Vienna itu? Artikel itu berbunyi…

“Tanpa prejudis kepada keistimewaan dan imuniti, ia merupakan tugas semua orang menikmati keistimewaan dan imuniti bagi menghormati undang-undang dan peraturan negara penerima. Mereka juga bertanggungjawab untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara berkenaan”

Jadi, mengapa Singapura hantar agen-agen mereka ke himpunan itu walaupun sebagai pemerhati? Tak cukupkah sekadar memerhati di dalam televisyen, internet dan media massa yang melaporkan himpunan itu dari masa ke semasa?

Atau tidakkah cukup memantau dari sumber rasmi kerajaan Malaysia mengenai himpunan itu? Rasanya diplomat dari negara-negara lain pun mengikuti perkembangan himpunan Bershit 3.0 itu, tapi tidaklah terlalu bersungguh-sungguh seperti diplomat dari Singapura!

Berkenaan dengan Singapura menolak himpunan Bershit 3.0 di negara itu, rasanya mana-mana negara pun tolak himpunan tersebut berlangsung di negara mereka untuk menjaga hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Dalam konteks Singapura pun sama. Takkanlah negara jiran itu mahu berterus terang sangat menyokong Bershit 3.0? Sudah tentulah ada perkara “wayang” yang perlu dimainkan dalam hal sokongan ini.

Rasanya, Singapura perlu mengarahkan tiga pegawainya untuk pulang serta merta ke negara asal mereka dan tidak lagi menjejakkan diri di negara ini. Bukan apa, saya agak risau dengan keselamatan mereka…

Kepada Regina Low Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), Setiausaha Pertama (Politik), Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), Setiausaha Pertama (Politik) dan Ariel Eunice Tan Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), rasanya mereka tidak perlu lagi berada di bumi Malaysia.

Maklumlah, perkara ini merupakan sesuatu yang agak sensitif. Kalau keadaan makin keruh atau kusut, saya bimbang ia akan mengeruhkan hubungan diplomatik antara Malaysia – Singapura yang sebelum ini menunjukkan sikap kurang ajar Singapura menceroboh kawasan udara Johor…

Bukan apa, sekadar mengingatkan saja. Kalau nak ikut, silakan. Kalau tak mahu ikut pun tidak mengapa. Cuma, tak payahlah “menegakkan benang yang basah kalau ia benar-benar benang yang memang basah”, kan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Isu "Mat Indera Wira Merdeka" : Sesiapapun Belum Memaafkan Mat Sabu !


June 24, 2012
mat sabun
Mat Sabu cuba untuk memindahkan rasa bersalahnya kepada pihak lain berhubung kenyataannya yang mengiktiraf dan menyanjung seorang anggota komunis yang pernah bernaung di bawah Chin Peng sebagai “wira kemerdekaan”.

Mat Sabu yang sedang tertekan dengan kes perbicaraannya berhubung isu Mat Indera yang dikatakan “wira” itu menjelaskan bahawa dia sedia memaafkan saksi pertama kes tersebut, Visvanathan a/l Muthu.

Namun dengan angkuh, Mat Sabu menjelaskan bahawa dia hanya memaafkan Visvanathan sahaja dan tidak memaafkan Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataannya melalui cetakan akhbar.

Persoalannya, apakah Mat Sabu fikir dengan memaafkan Visvanathan itu maka seluruh anggota keselamatan, termasuk anggota polis dan tentera, serta mangsa-mangsa kekejaman komunis di negara ini akan memaafkan dirinya?

Apakah Mat Sabu fikir Kanang Anak Langkau akan memaafkan Timbalan Presiden PAS yang menganggap anggota komunis itu sebagai “wira kemerdekaan”?

Apakah Mat Sabu fikir Kanang Anak Langkau sanggup meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan namanya dan nama-nama tokoh pejuang kemerdekaan lain seperti Leftenan Adnan, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan sebagainya?

Mat Sabu juga perlu memikirkan apakah seluruh keluarga mangsa yang dibunuh oleh pasukan komunis yang diketuai oleh Mat Indera itu sudi memaafkan dirinya yang mempertahankan kenyataan dangkal dan mencetus kemarahan mereka.

Saya ingin bertanya Mat Sabu. Sekiranya dia sendiri adalah mangsa kepada kekejaman Mat Indera dan komunis di Bukit Kepong dulu, apakah dia sendiri sudi memaafkan seorang individu yang menggangkat pengganas itu sebagai wira?

Seperkara yang utama yang perlu Mat Sabu sematkan di kepala otaknya itu ialah sejurus selepas kenyataannya disiarkan oleh media massa, termasuk video rakamannya ketika berceramah, boleh dikatakan seluruh keluarga mangsa yang terlibat sangat marah padanya.
Bukan setakat keluarga mangsa tragedi Bukit Kepong saja yang marah, malah boleh juga dikatakan hampir seluruh anggota dan keluarga tentera, polis dan pihak keselamatan lain yang terlibat pernah menjadi mangsa kekejaman komunis bingkas mengecam serta mengutuk pendirian Mat Sabu itu.

Sedarkah Mat Sabu bahawa dia belum lagi menerimas sebarang kemaafan dari anggota, bekas anggota dan keluarga mangsa tragedi Bukit Kepong serta mangsa-mangsa kekejaman pihak komunis?

Jadi, tak perlulah Mat Sabu berbangga sangat dengan SATU kemaafan yang diberikannya itu berbanding dirinya yang belum lagi menerima satu pun kemaafan dari RATUSAN RIBU mangsa dan pihak yang marah padanya yang membela komunis sebagai “wira”.

Seperkara lagi yang perlu saya ingatkan kepada Mat Sabu, janganlah suka meniru Anwar dengan membicarakan tentang kes yang sedang di dalam perbicaraan di mahkamah di khalayak umum memandangkan ia adalah satu tindakan yang salah dari sudut perundangan.

Apatah lagi isu yang dimainkan oleh Mat Sabu itu boleh mengguris hati rakyat yang pernah dizalimi oleh pengganas komunis. Jangan paksa rakyat bangun menghalau Mat Sabu pula dari masuk ke kawasan mereka menjelang PRU ke-13 ini. Susah Mat Sabu nak bergerak untuk berkempen nanti!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Letak Jawatan Rafizi : Tutup Menutup Mula Berlaku ?


June 24, 2012
rafizi-faekah
NAK gelak pun ada menyelak akhbar Sinar Harian mengenai penafian Rafizi Ramli yang perletakkan jawatannya sebagai CEO Pejabat Anwar Ibrahim tidak ada kaitan dengan krisis dalaman yang berlaku di Selangor, tapi sebab nak tumpu pilihanraya akan datang.

Penulis langsung tak percaya itu alasannya sebab pilihanraya tak tahu bila dan apa masalah besar sangat mengekalkan jawatan CEO pejabat yang hanya menghabiskan duit rakyat Selangor (hasilnya takde) dan bertanding dalam pilihanraya.

Cakap mengenai fungsi sebenar pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ini ada justifikasinya.  Apa data dan statistik yang menunjukkan pejabat ini menyumbang kepada ekonomi Selangor?  Yilek.  Yang kita tahu Anwar buat banyak lawatan ke luar negara tapi bukan cari pelaburan sebaliknya memburukkan negara sendiri.

Balik pada alasan Rafizi tadi, penulis nak terangkan disini, Perdana Menteri pun tak letak jawatan untuk bersiap-siap bertanding dalam pilihanraya, apa adakah yang lebih berat tanggungjawab dari itu?

Itu menjadikan alasan itu sebagai alasan saja, bukan benar-benar punca, atau orang cakap auta saja lebih.  Penulis tahu, pembaca tahu, ahli PKR tahu, rakyat Selangor tahu, yang negeri itu sedang menghadapi krisis dalaman.  Dah berbalas-balas kenyataan pun, antara penyokong Azmin seperti Mak Lampir Zuraidah, Faekah dan PKR Negeri.

Nak mengalihan perhatian rakyat dari krisis yang sedang berlangsung, maka dicipta alasan pilihanraya.

Tapi terselit juga kehairanan penulis sebab masa letak jawatan, Rafizi guna Twitter, bila nak justify kenapa letak jawatan, dia cari akhbar!!  Penulis tahu, guna akhbar, orang tak boleh tweet balik, dalam Twitter boleh, itu yang taknak tu ya.

Inilah warna sebenarnya, PKR adalah sebuah parti yang cukup pantas menafikan masalah dan mengarahkan masalah itu kepada UMNO.  Ini memang trademark mereka yang sudah terbukti dalam banyak hal sebelum ini.  Tapi strategi sebegitu senang sangat dibaca orang, selain tidak langsung menyelesaikan masalah sebenar yang berlaku.

Penulis tidak peduli tentang apa pun masalah itu dan kesannya kepada PKR, yang nyata dek masalah itu, rakyat Selangor yang akan menanggung sengsara dek sebab kepimpinan kerajaan negeri bercakar sesama sendiri.

Dalam isu sampah saja tengoklah, dek sebab masing-masing nak mengurus sendiri (kaut keuntungan sendiri juga), rakyat Selangor yang mengalami masalah sampah tidak berkutip, busuk, longkang tersumbat sehingga menyebabkan banjir dan sebagainya.

Sedangkan dibawah BN dulu semua ini tidak berlaku.  Puak ini pegang baru 4 tahun dah bermacam-macam masalah ada dan semuanya menyentuh kepentingan rakyat kebanyakkan.
Rakyat perlukan kerajaan yang tidak malu mengakui masalah dan akhirnya berjaya menyelesaikan masalah.  Bukan menafikan, menyapu dibawah permaidani dan sebagainya seperti mana yang berlaku di negeri-negeri yang Pakatan Haram perintah.

Rakyat juga perlukan sebuah negeri yang diperintah oleh seorang ketua kerajaan, bukannya Setiausaha Politik kepada ketua kerajaan tersebut.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bersih 3.0 : Singapork Ingat Kita Bodoh Ke ?


June 22, 2012
singaporechicken

PENYERTAAN sejumlah diplomat Singapork dalam himpunan Bersih 3.0 dengan seorang daripada mereka memakai baju kuning rasmi himpunan tersebut memang mengejutkan.  Mengejutkan kerana Singapork langsung tidak membenarkan sebarang perhimpunan seumpama itu diadakan di dalam negara pulau mereka tapi disini, depa bagi bantuan dan sokongan moral dengan menghantar diplomat.

Jadi bila negara Singapork sendiri tidak berkenan himpunan seumpama itu, kenapa mereka hantar diplomat mereka disana?

Itu yang membezakan kehadiran diplomat Singapork dengan diplomat negara-negara lain yang disebut-sebut turut hadir dalam himpunan tersebut.

Dan kita yakin, nama saja diplomat tapi sebetulnya 3 orang yang terkantoi itu adalah perisik tentera Singapork yang memang kerjanya untuk mensabotaj Malaysia.  Entah berapalah dana yang disumbang Singapork ke dalam akaun Bersih 3.0 untuk menjayakan himpunan tersebut.
Kira perisik kita lebih hebat sebab  boleh kenal perisik mereka.

Justeru bila membaca alasan Pesuruhjaya Tinggi Singapork ke Malaysia bahawa 3 oang itu datang atas kapasiti peribadi, penulis rasa macam nak terberak.  Puak-puak ini ingat kita bodoh ka?  Tak sangka Singapork negara yang kelihatan hebat dari mata kasar, rupanya bingai dalam memberikan jawapan kepada kesalahan yang dilakukan pegawai masing-masing.

Rakyat kita tak sepatutnya tersasar dari fokus dengan jawapan dari Kedutaan Singapork di Kuala Lumpur itu.  Singapork berbeza dengan negara lain yang diplomat mereka turut hadir dalam rusuhan tersebut.  Singapork adalah negara yang semakin tahun semakin tenggelam, maka mereka tempat berpindah kalau keadaan menjadi teruk besok.

Mana lagi yang sesuai melainkan Malaysia.

Rakyat perlu diingatkan, ekonomi Singapork boleh ditumbangkan pada bila-bila masa dengan membina Segenting Kra.  Selain memendekkan perjalanan dari Barat ke Timur (4 hari), kapal-kapal dagang juga boleh mengelak dari dicekik pengurusan pelabuhan Singapork yang mengenakan caj tinggi untuk segala perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan Singapork.

Jadi dalam apa cara Singapork perlu cari cara untuk mengawal negara ini untuk mengelak perkara tersebut dari berlaku tapi dengan menggunakan proksilah tentunya.  Siapa yang lebih sesuai melainkan DAP dan Anwar Ibrahim.

Penulis menggesa kerajaan Malaysia mengusir 3 orang diplomat itu dari negara ini.  Mereka perlulah dicap sebagai persona non grata dan diusir keluar dengan segera.  Kita tak sepatutnya berlembut dengan negara proksi Israel di Asia Tenggara ini, sudah sampai masanya kita bertindak.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Cerita Lynas dan Orang PAS Kuantan


June 22, 2012
fuziah

Baru-baru ini saya berpeluang ke Kuantan untuk mengikuti satu kursus yang diadakan di sana. Kebetulan, kehadiran saya yang dikenali rakan-rakan sebagai penganalisis politik diketahui oleh beberapa rakan PAS yang berada di sana.

Saya diajak bertemu dan berbual mengenai isu yang agak panas di sana. Apa lagi kalau bukan isu “Lynas”. Menurut mereka, mereka ada “rahsia” mengenainya…

Rupa-rupanya, mereka adalah “musuh” kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh…

Marah sungguh mereka pada Ahli Parlimen Kuantan itu. Menurut mereka, kenyataan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat, sangat benar dan kilang Lynas itu sebenarnya selamat untuk beroperasi di Kuantan.

Saya agak terkejut dengan kenyataan mereka dan saya mempersoalkan apakah mereka merupakan penyokong UMNO? Pertikaian saya mengenai sokongan mereka kepada UMNO itu dinafikan sekeras-kerasnya.

Menurut mereka, isu Lynas itu sebenarnya tiada hubung kait dengan politik. Cuma ia sengaja dipolitikkan oleh PKR di Kuantan bagi memenuhi permintaan dan menjaga kepentingan sekutu yang mereka benci iaitu DAP.

Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat maklumat bahawa produk yang dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng itu akan merencatkan urusniaga import barangan dari China yang dikatakan bergantung kepada sumber nadir bumi.

Antara yang produk import yang dikatakan bakal terjejas ialah pengeluaran barangan elektronik, mikrocip dan beberapa produk lain yang membabitkan sumber tersebut.

Saya difahamkan bahawa China merupakan antara pengeksport terbesar sumber berkenaan dan sekiranya Lynas membuka kilang nadir bumi di Malaysia, ia akan menjejaskan jumlah eksport negara asal puak-puak DAP itu.

Kata mereka, memang benar , Dr. Che Rosli ada datang ke Kuantan untuk memeriksa dan menilai sendiri tahap kilang tersebut dan ia memang selamat memandangkan kilang tersebut dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang amat tinggi.

Memandangkan kepada kenyataan Dr. Che Rosli di Parlimen baru-baru ini menjadi bahan untuk membuktikan kebenaran isu tersebut memihak kepada BN, rakan-rakan PAS itu risau sekiranya PAS akan kekurangan seorang lagi pemimpin mereka.

Mereka tidak mahu Dr. Che Rosli senasib dengan Dr. Hasan Ali. Kalau Hasan Ali dipecat kerana PAS menjaga kepentingan PKR, mereka tidak mahu Ahli Parlimen Hulu Langat itu pula dipecat kerana DAP.

Saya bertanya mereka, kenapa mereka benci sangat dengan DAP?

Selamba mereka menjawab bahawa DAP merupakan sebuah parti yang paling mereka benci seumur hidup. Mereka lebih benci pada DAP berbanding UMNO. Dan memandangkan PKR juga dilihat condong kepada DAP, mereka turut membenci parti itu.

Namun pada mereka, para penyokong PAS tidak punya pilihan selain bersekutu dengan DAP dan PKR memandangkan ia telah diputuskan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, meskipun pandangan Menteri Besar Kelantan itu dibantah ramai penyokong PAS.

Mereka memberitahu bahawa ramai golongan pro-ulama PAS yang marah keputusan kepimpinan parti itu untuk bersekutu dengan DAP dan PKR. Tapi apakan daya, mereka terpaksa wala’ terhadap pimpinan PAS memandangkan mereka sudah berbai’ah kepada parti.

Alasan itu menyebabkan saya terkedu dan bertanya, “kalau Tok Guru suruh fitnah UMNO, antum semua buatlah”?

Selamba mereka berkata, “kena buatlah…macam tu lah perang politik!”. Sekali lagi saya geleng-gelengkan kepala. Dalam hati saya berkata, “lantak hang la labu…”.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Letak Jawatan : Rafizi Ada Kaitan Dengan Video Dari Singapura ?


June 21, 2012
anwar rafizi mckk

ANGIN tarak, ribut tarak, tiba-tiba Rafizi letak jawatan sbagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor aka idolanya, Anwar Ibrahim.  Takkan merajuk kot?  Kalau merajuk, apa yang dirajukkan?

Rafizi didendang sebagai ‘hero PKR’ kerana peranannya memutar belit fakta dalam laporan audit 2010 mengenai NFC, yang menyaksikan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil meletakkan jawatan Menteri.  Soal betul atau tidak itu dibelakang, yang penting adalah peranan di mata PKR, bukan tak perform macam Ahli Parlimen Kelana Jaya.

Nak kata Rafizi meletakkan jawatan kerajaan untuk bertanding dalam pilihanraya, mustahil.  Tarikh sebenar pilihanraya masih belum diketahui bila, awal sangat nak letak jawatan.

Jadi penulis tidak merasakan itu sebabnya, mesti ada sebab lain yang lebih kukuh.  Dalam fikiran penulis ada beberapa teori konspirasi yang boleh difikirkan.

Pertama, mungkinkah perletakkan jawatan yang mengejutkan ini ada kaitan dengan berita yang baru tersebar mengenai video perlakuan homoseksual dua orang lelaki (salah seorang mirip Anwar) yang dikatakan sedang tersebar sekarang.  Video tersebut khabarnya dirakam di Singapura satu masa yang lama dulu, ketika Lee Kuan Yew masih jadi Perdana Menteri Singapura pun.

Kalau benar Rafizi terlibat, mau umurnya sekitar 13 tahun sahaja ketika itu (Lee Kuan Yew bersara dari jawatan PM Singapura pada 1990).  Golongan gay atau biseksual ini memng diketahui mudah ‘horny’ dengan budak-budak muda, lagi muda, lagi bagus – ketat, rapat, sendat.

Ini bukan suatu yang mengejutkan kerana takkan boleh tetiba Anwar ‘intim’ dengan Rafizi secara tiba-tiba.  Malah pernah direkodkan pada 1995, Anwar ‘berlari’ ke England sebaik menerima panggilan dari Rafizi yang ketika itu belajar disana.

Seorang Timbalan Perdana Menteri berlari ke England demi seorang budak lelaki yang diketahui sekarang bukan dari kalangan ahli keluarga, ini mesti ada suatu yang luar biasa.  Tambahan pula kedua-duanya punya kaitan yang sama – MCKK, dimana kepintaran dan ‘hentam belakang’ antara resepi kejayaan.


Adakah video tersebut kaitannya?

Itu teori konspirasi yang pertama.  Teori konspirasi yang kedua, mungkinkah Rafizi tertekan dengan Azmin Ali yang tidak dapat membendung rasa cemburunya setelah melihat Rafizi naik begitu cepat dalam PKR, walaupun umurnya masih mentah?

Bertambah berbulu Azmin bila Rafizi awal-awal diumumkan akan bertanding di Parlimen Pandan dalam pilihanraya akan datang dan Azmin pula di arahkan Anwar untuk membuat pengumuman tersebut dalam satu siri ceramah beberapa minggu lepas.  Azmin sendiri tidak diberi kelebihan itu walaupun dia lebih senior, lebih lama, lebih banyak berkorban dibanding dengan Rafizi.


Tak perlu disebut lagi apa pengorbanan Azmin yang hebat sangat tu, cukuplah seperti yang dah ramai tahu.  Sedangkan Rafizi korban apa, pungkoq dia sendiri?

Mana-mana satu pun, ini perkembangan yang menarik untuk dinanti.  Tambahan pula laporan The Sun yang memetik sumber dalaman PKR bahawa Rafizi tidak dapat dihubungi kerana dia tidak menjawab telefonnya.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Nik Aziz Sama Dengan Kamariah Ali??


June 24, 2012
pok nik celako
Saya tidak dapat menafikan kehebatan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sebagai seorang yang graduan Al-Azhar, sebuah universiti Islam yang ternama dan banyak mengeluarkan tokoh-tokoh dan cendekiawan Islam.

Sebagai bekas graduan Al-Azhar, Nik Aziz boleh berbangga dengan ijazah yang diperoleh dari universiti berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataannya baru-baru ini yang menyatakan bahawa ilmu yang ada pada dirinya setaraf dengan bekas Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, adalah sesuatu yang melampau dan tidak wajar sama sekali.

Mana mungkin ilmu Nik Aziz setaraf dengan Syeikh Mahmoud Ashour yang mengabdikan diri dalam gedung ilmu dan para ilmuan Islam di seluruh dunia.

Mana mungkin seorang bekas pelajar Al-Azhar yang sebok menjadi ahli politik, yang menghalalkan kutukan dan budaya memaki hamun, boleh dianggap setaraf dengan seorang ilmuan Islam yang bergelumang di dalam dunia ilmu serta menumpukan fokus terhadap ilmu Allah.

Pada saya, kenyataan Nik Aziz yang menganggap ilmunya setaraf dengan seorang Syeikhul Azhar adalah satu kenyataan yang membuktikan dirinya bongkak dan angkuh.

Kenalkah Nik Aziz kepada Kamariah Ali? Kamariah Ali merupakan seorang bekas lulusan universiti Al-Azhar seperti Nik Aziz.

Jadi, memandangkan Nik Aziz dan Kamariah adalah bekas lulusan Al-Azhar, secara logiknya Nik Aziz boleh menganggap ilmu yang ada padanya setaraf dengan Kamariah, bukan?


Tapi, untuk pengetahuan Nik Aziz, Kamariah adalah seorang pengikut Ayah Pin..!!!
Pada saya, taraf Nik Aziz adalah sama dan hanya setaraf dengan ilmu yang ada pada Kamariah Ali.

Jika Kamariah dianggap sesat melalui ketaksubannya kepada Ayah Pin, Nik Aziz pula boleh juga dikatakan menyeleweng dan terpesong fahamannya menerusi ketaksubannya kepada idealogi politik yang digalaskan selama berpuluh tahun itu.

Setahu saya, sejak awal penubuhan PAS, parti itu tidak pernah bergabung dengan DAP yang dianggap sebagai parti yang memusuhi Islam dan Nik Aziz sendiri ketika mudanya pernah menggelar DAP sebagai parti “syaitan”.

Namun, sejak PAS mempunyai satu jawatan baru iaitu “Mursyidul Am” di era kepimpinan Abdul Hadi Awang, PAS semakin menyeleweng dan sering mencetus kontroversi yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Apatah lagi setelah PAS bergabung dengan DAP dan PKR, Nik Aziz dengan selamba mengulas bahawa dia sanggup bekerjasama dan bersekutu dengan syaitan untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional!

Islam dan ilmuan Islam manakah yang sanggup membantah petikan firman Allah SWT yang melarang sama sekali untuk mengikut atau berkerjasama dengan syaitan?

Bukankah Allah SWT telah menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh umat Muhammad yang utama? Dan saya tidak pernah pula mendengar atau membaca firman Allah yang menyatakan UMNO atau BN adalah musuh umat Islam di dalam Al-Quran!

Pada saya, jelaslah bahawa kenyataan Nik Aziz yang mengatakan bahawa ilmu yang ada padanya adalah setaraf dengan Syeikh Mahmoud Ashour adalah satu kenyataan yang tidak tepat langsung dan tidak benar sama sekali.

Pada saya, taraf Nik Aziz hanya boleh disamakan dengan Kamariah Ali. Mereka berdua sama-sama merupakan lulusan Al-Azhar dan sama-sama sesat serta menyesatkan umat Islam di negara ini. Wallahua’alam.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Kronisme Faekah : "Hak Rakyat Untuk Anak Saudara"


June 23, 2012
faekah-azmin-mb
MACAM manalah blog Pakatan Haram nak dapat sambutan, asyik guna pendekatan yang sama setiap masa.  Dalam isu surat Faekah ini  pun begitu jugalah.  Mula-mula kata surat palsu, bila Faekah sendiri pun mengaku, dia kata biasalah, UMNO pun buat!!
Tak berubah-berubah walaupun bayar mahal.

Kalau macam itulah standardnya menjawab, baik suruh budak sekolah saja jaga blog Pakatan haram, ini salah seorang tu ada jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, ada drebar apa segala.  Bini pun dua, nak tambah satu lagi, tunggu habis edah dululah kot.

Sekarang ini penulis lihat, mereka cuba mengalihkan tumpuan isu ini kepada surat, tatacara mengeluarkan surat dan yang berkaitan.  Malah Khalid Gagap sebentar tadi dalam Buletin Utama pun bercakap soal surat, dipanjangkan atau tidaknya.

Eh, itu ke isunya, surat?  Ini bukan soal surat, ini soal amalan kronisme dalam pentadbiran yang sering dituduh kepada kerajaan BN.

Ada bagus juga Pakatan haram ini menang beberapa negeri tahun 2008, dapat juga rakyat melihat bagus mana, hebat mana mereka ini seperti yang sering diwar-warkan.  Setakat yang kita nampak sepanjang 4 tahun ini, tidaklah hebat mana pun, malah kalau boleh dikatakan, tidak hebat langsung.  Apa yang dia selalu tuduh kepada UMNO (kronisme) dia juga sendiri lakukan.

Kes Faekah bukan yang pertama, belum beberapa bulan sudah, Malaysia Today mendedahkan tindakan 2 ADUN PKR mengeluarkan surat sokongan kontrak pasir yang mereka sendiri ada kepentingan.

Dalam kes kematian TBH, DAP terperangkap kerana mengeluarkan modal dan mendapatkan keuntungan untuk projek kelas F yang dikeluarkan untuk kontraktor bumiputera dari kalangan kroni-kroni Pakatan haram juga.

Semua ini berlaku di Selangor yang merupakan bayangan sebenar kepada bentuk kerajaan Pakatan haram di peringkat persekutuan – kalau mereka berjaya menawan Putrajaya.  Soal di dakwa atau tidak itu bukan persoalannya, banyak perkara sama mengenai kronisme yang dituduh kepada BN inipun tidak ada yang didakwa di Mahkamah dan kalau ada didakwa pun didapati tak bersalah.

Kalau boleh diselitkan juga disini, surat Faekah itu bukan surat mohon timbang tapi arahan supaya firma guaman tersebut dilantik GLC negeri yang berkenaan.


Sekarang terbuktilah amalan kronisme bersepah-sepah dilakukan dalam kerajaan Pakatan haram, cuma yang berbeza siapa yang pandai simpan dengan tidak saja.  Dalam kes Faekah ini penulis yakin yang mendedahkan surat itu ialah penyokong Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri yang mahu lihat Faekah jatuh.

Penulis melihat semakin hari semakin jelas Allah swt menunjukkan kepada rakyat Malaysia bagaimana Pakatan haram ini sebenarnya tidak berbeza dengan apa yang dia sering tuduh kepada kerajaan BN.  Cuma yang berbeza, “mereka terperangkap dengan seluar terbuka”, sedangkan BN baru tuduhan saja, terbuktinya jarang sekali.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Chin Peng Tenat : Mat Sabu Taknak Melawat Ke?


June 22, 2012
mat sabun
Bekas  Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menulis diblognya semalam bahawa bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, sedang tenat dan dirawat di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.

Chin Peng yang kini berusia 90 tahun dikatakan dalam keadaan “nyawa-nyawa ikan” sehingga  tidak mampu lagi mengenali sesiapa pun yang datang melawatnya di hospital tersebut.

Sebenarnya, saya tidak tahu mahu mengatakan bahawa khabar yang dibawa oleh bekas Menteri Penerangan ini adalah satu perkhabaran yang baik atau satu perkhabaran yang buruk.
Mungkin pada sesetengah pihak, Chin Peng sepatutnya mati saja secepat mungkin. Dan ada pula yang berpendapat bahawa pemimpin komunis itu sepatutnya dilanjutkan usianya dan tidak mati dulu.

Pada saya, ajal maut itu adalah ketentuan Allah SWT kepada sesiapa saja hambanya, sama ada dia baik atau sebaliknya di muka bumi ini. Jika sampai ajalnya, maka matilah dia dan jika tidak, maka rohnya sudah pasti tidak akan meninggalkan jasadnya.

Namun, saya pasti ada di kalangan rakyat dan warganegara Malaysia yang akan bersimpati dan meratap hiba tentang keadaan Chin Peng yang sedang nazak di Thailand itu.

Mungkin salah seorang yang akan menangis teresak-esak ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai “Abang Mat” atau “Mat Sabu”.

Sebagaimana maklum, Mat Sabu menganggap Chin Peng adalah seorang “wira” yang mempertahankan negara. Padanya, Chin Peng adalah setaraf dengan pejuang-pejuang kemerdekaan lain seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman dan sebagainya.

Mungkin berdasarkan tindakan Chin Peng menyerang pihak British ketika sebelum dan selepas era kemerdekaan maka dia dianggap sebagai “hero” oleh Mat Sabu dan para penyokongnya.

Ya. Memang benar Chin Peng menyerang pihak penjajah Inggeris yang cuba menguasai Tanah Melayu ketika itu. Memang benar Chin Peng menentang penjajah, sama seperti tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang tertera di dalam buku sejarah.

Namun apa yang Mat Sabu perlu ingat ialah mengenai Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman dan lain-lain pejuang kemerdekaan bahawa mereka tidak pernah membunuh, menyeksa atau menyerang orang Melayu atau penduduk tempatan.

Mereka tidak pernah buat kacau, masuk kampung dan memeras ugut para penduduk. Mereka tidak pernah mencuri, merompak atau mengganggu kehidupan orang kampung. Dan mereka juga tidak pernah kacau anak bini orang.

Berbanding dengan Chin Peng yang diiktiraf Mat Sabu sebagai “wira kemerdekaan”, Chin Peng dan anggota-anggotanya menyerang, membunuh, mengugut, mencuri, merompak dan mengacau anak bini orang tanpa belas kasihan.

Apakah Tok Bahaman atau Mat Kilau sanggup menyerang dan membunuh anggota polis Bukit Kepong? Rasanya tidak mungkin mereka sanggup melakukan onar seperti Chin Peng dan pasukan komunis yang diketuainya dulu…

Justeru itu, saya tidak faham mengapa Mat Sabu begitu berani mengguris hati rakyat Malaysia yang keluarga dan kerabatnya yang pernah merasa kekejaman Chin Peng. Atau Mat Sabu memang tidak punya akal?

Meskipun ramai yang marah, meminta maaf dan menggesanya menarik balik kenyataan tersebut, Mat Sabu tetap enggan dan berdegil mempertahankan Chin Peng.

Apa jasa Chin Peng kepada Mat Sabu sehingga membuat Naib Presiden PAS itu begitu sayang padanya?

Untuk pengetahuan Mat Sabu, Chin Peng kini tenat. Tak mahu melawat dia, kah? Harapnya Mat Sabu pergi ke Bangkok sebelum Chin Peng mati. Manalah tahu kalau-kalau dia wasiatkan pesanan terakhir untuk Mat Sabu…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Najib Bantu Palestin, Anwar Lindungi Israel


June 21, 2012
dn_01_1

DATUK Seri Najib memang diketahui seorang pemimpin yang sangat prihatin terhadap rakyatnya sendiri dan masyarakat dunia lain dimana memerlukan bantuan, tidak terkecuali rakyat Palestin yang berjuang dengan serba kekurangan menentang negara haram Yahudi lengkap dengan kelengkapan senjata moden sumbangan Amerika.

Terbaru seperti dilaporkan muka depan Utusan hari ini bahawa Najib memberi komitmen untuk membina sekolah di Palestin.  Nampaknya macam mudah dan murah sahaja komitmen Perdana Menteri itu, tapi yang tidak diketahui orang ramai, bukan mudah nak buat sekolah di Palestin, lebih-lebih lagi dengan pelbagai sekatan yang dikenakan oleh Israel dan malangnya beberapa negara Arab berjiran juga.

Silap-silap, kita bawa guni simen, dia kata baja nak buat bom..

Jadi janganlah dibandingkan membina sekolah di negara ini dengan sekolah di Palestin, disini kita tidak ada masalah seperti mana yang dialaminya disana, sebab itu penulis tidak dapat menahan air mata, sebak membaca kesudian Datuk Seri Najib membantu.

Sudah tentulah dalam sebut menyebut mengenai Palestin ini, kita tidak boleh sama sekali lupa dengan komitmen Anwar untuk melindungi Israel yang diucapkan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) Januari lepas.


Usah kata nak membantu yang teraniaya, yang menzalimi pulak nak dilindungi keselamatannya oleh Anwar.  Apa sakit otak mamat seorang inipun penulis tidak tahulah.  Tapi inilah dia orang yang PAS sokong sangat-sangat untuk dilantik jadi Perdana Menteri negara ini.

Macam mana PAS boleh hidup dalam kecelaruan pun penulis tak tahu.  Betullah PAS bantah kenyataan Anwar dalam WSJ tapi dia tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri, apa ni?  Dalam pada sebut yang bukan-bukan tentang UMNO, bekas pemimpin kita juga yang diharap-harapkan sangat untuk jadi Perdana Menteri.

Lebih dari 50 tahun ditubuhkan, rupanya PAS gagal nak namakan seorang pemimpinnya yang layak jadi Perdana Menteri, sebaliknya penyokong dan pelindung kesalamatan Israel ini juga yang dipilihnya.  Cina DAP pun tak  bodoh nak sokong Anwar jadi Perdana Menteri buta-buta, dia ada agenda lain dibelakangnya.

Cina tahu, peluang untuk menjadikan Guan Eng (sebut cina) sebagai Perdana Menteri hanya akan diperolehi kalau Anwar jadi Perdana Menteri dulu.  Anwar hayat kat luar pun tak lama, penulis yakin selesai rayuan nanti, Anwar ke dalam jugak le.

Apa depa nak rugi lagi dah, takda apa.  Tak macam PAS, sokong buta tuli sampai tak boleh nak beza apa lagi dah, asal sahaja ada pemimpinnya dapat jadi Menteri ke Menteri Besar ke, cukuplah tu.

Jadi inilah yang penulis nak rakyat Malaysia fikirkan.  Tolaklah orang seumpama ini, Anwar ni.  Otak dia tak betul lagi dah, yang zalim nak dilindunginya, yang teraniaya hanya dijadikan bahan untuk menjual nama, umpamanya,  “Oh saya ikut pandangan Hamas”, “Oh, Fatah pun sama pendapat dengan saya”, begitu le.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Suara Keadilan Menipu Lagi !


June 25, 2012
776

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.

Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.

Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.

Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.

Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.

Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?

Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.

Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.

Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

SUARAM Menghina Mahkamah Perancis


June 13, 2012
suaram-auta

Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali.

Sudah menjadi taktik pembangkang untuk ‘buat bodoh’ apabila terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab berkali-kali beserta dengan bukti. Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato’ Seri Najib berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini, yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi menafikan tuduhan mereka.

Dalam kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi ‘agak jauh’ iaitu dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah mereka. SUARAM juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan.

Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis. Malah lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini.

Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata bahawa, ‘lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya’. Sebenarnya, tidak semestinya. Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri.

Hakikatnya, benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis. Dan tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan Hakim.

Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.

Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis.

Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis. Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka.

Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia.

Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua.

Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia. Kerana apa? Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja.

Dipetik daripada : www. mykmu. net