Sunday, June 24, 2012
Kronisme Faekah : "Hak Rakyat Untuk Anak Saudara"
June 23, 2012
MACAM manalah blog Pakatan Haram nak dapat
sambutan, asyik guna pendekatan yang sama setiap masa. Dalam isu surat Faekah
ini pun begitu jugalah. Mula-mula kata surat palsu, bila Faekah sendiri pun
mengaku, dia kata biasalah, UMNO pun buat!!
Tak berubah-berubah walaupun
bayar mahal.
Kalau macam itulah standardnya menjawab, baik
suruh budak sekolah saja jaga blog Pakatan haram, ini salah seorang tu ada
jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, ada drebar apa segala. Bini pun dua,
nak tambah satu lagi, tunggu habis edah dululah kot.
Sekarang ini penulis lihat, mereka cuba
mengalihkan tumpuan isu ini kepada surat, tatacara mengeluarkan surat dan yang
berkaitan. Malah Khalid Gagap sebentar tadi dalam Buletin Utama pun bercakap
soal surat, dipanjangkan atau tidaknya.
Eh, itu ke isunya, surat? Ini bukan soal surat,
ini soal amalan kronisme dalam pentadbiran yang sering dituduh kepada kerajaan
BN.
Ada bagus juga Pakatan haram ini menang beberapa
negeri tahun 2008, dapat juga rakyat melihat bagus mana, hebat mana mereka ini
seperti yang sering diwar-warkan. Setakat yang kita nampak sepanjang 4 tahun
ini, tidaklah hebat mana pun, malah kalau boleh dikatakan, tidak hebat
langsung. Apa yang dia selalu tuduh kepada UMNO (kronisme) dia juga sendiri
lakukan.
Kes Faekah bukan yang pertama, belum beberapa
bulan sudah, Malaysia Today mendedahkan tindakan 2 ADUN PKR mengeluarkan surat
sokongan kontrak pasir yang mereka sendiri ada kepentingan.
Dalam kes kematian TBH, DAP terperangkap kerana
mengeluarkan modal dan mendapatkan keuntungan untuk projek kelas F yang
dikeluarkan untuk kontraktor bumiputera dari kalangan kroni-kroni Pakatan haram
juga.
Semua ini berlaku di Selangor yang merupakan
bayangan sebenar kepada bentuk kerajaan Pakatan haram di peringkat persekutuan –
kalau mereka berjaya menawan Putrajaya. Soal di dakwa atau tidak itu bukan
persoalannya, banyak perkara sama mengenai kronisme yang dituduh kepada BN
inipun tidak ada yang didakwa di Mahkamah dan kalau ada didakwa pun didapati tak
bersalah.
Kalau boleh diselitkan juga disini, surat Faekah
itu bukan surat mohon timbang tapi arahan supaya firma guaman tersebut dilantik
GLC negeri yang berkenaan.
Sekarang terbuktilah amalan kronisme bersepah-sepah dilakukan dalam kerajaan
Pakatan haram, cuma yang berbeza siapa yang pandai simpan dengan tidak saja.
Dalam kes Faekah ini penulis yakin yang mendedahkan surat itu ialah penyokong
Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri yang mahu lihat Faekah jatuh.
Penulis melihat semakin hari semakin jelas Allah
swt menunjukkan kepada rakyat Malaysia bagaimana Pakatan haram ini sebenarnya
tidak berbeza dengan apa yang dia sering tuduh kepada kerajaan BN. Cuma yang
berbeza, “mereka terperangkap dengan seluar terbuka”, sedangkan BN baru tuduhan
saja, terbuktinya jarang sekali.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment