Sunday, June 24, 2012
Anwar Mainkan Lagi Sandiwara Politik !
May 23, 2012
Sekali lagi pihak pembangkang melontar tuduhan terhadap kerajaan bahawa
tindakan mendakwa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan timbalan presiden parti itu,
Azmin Ali berhubung himpunan Bersih 3.0 motifkan politik.
Rakyat Malaysia sudah muak dengan alasan yang diberikan Anwar setiap kali
pendakwaan mahkamah dilakukan terhadapnya.
Pemecatan beliau oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998
dikatakan ‘konspirasi politik peringkat tertinggi’.
Begitu juga dakwaan liwat, pertama kali 14 tahun lalu dan kali kedua pada
2008, juga dianggap ‘konspirasi’ untuk menyekat impian Anwar ke Putrajaya.
Malah bagi mengguatkan lagi hujah mereka, maka diseret pertubuhan hak asasi
manusia antarabangsa seperti Human Rights Watch untuk membuat menyokong Bersih
3.0 serta menghentam kerajaan.
Begitulah sifat dan perangai pimpinan pembangkang terutamanya Anwar dan
kuncu-kuncunya yang sentiasa bergantung atas sokongan NGO dari Amerika Syarikat
mahupun Eropah untuk mengabsahkan segala tindak tanduk politik mereka, walaupun
perbuatan itu secara terang melanggar undang-undang negara ini.
Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya mahu dilihat bahawa mereka
bebas melakukan apa sahaja untuk menentang kerajaan tanpa apa-apa sekatan
perundangan.
Ini termasuklah mengadakan siri ceramah tanpa permit sesuka hati mereka di
seluruh negara serta menganjurkan perhimpunan yang berakhir dengan rusuhan.
Di dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, bukan sahaja ramai peserta,
malah petugas media serta anggota polis yng menjalankan tugas mereka turut
tercedera.
Ini semuanya angkara Anwar yang dilihat di dalam paparan video memberi arahan
supaya peserta merempuh halangan untuk menceroboh Dataran Merdeka yang sudahpun
diisytiharkan sebagai zon larangan.
Begitu juga penganjur utamanya, Ambiga Sreenevasen seorang peguam kanan yang
sepatutnya arif mengenai undang-undang tetapi bertindak lebih sebagai pemimpin
pembangkang.
Pembangkang berfikir mereka bebas dari segala dosa dan kesalahan, justeru itu
juga bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang.
Malah mereka memperlecehkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diluluskan untuk
menangani antara lain penganjuran serta protes jalanan seperti Bersih 3.0.
Tindakan kerajaan mendakwa Anwar, Azmin dan lain-lain pemimpin pembangkang
dalam isu ini patut dipuji dan dihargai.
Ia menunjukkan dalam hal menjaga keselamatan awam dan negara, kerajaan
bersikap tegas dan tidak memilih bulu.
Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tidak kira apa kedudukan mereka
dalam masyarakat, hatta Ketua Pembangkang sekali, tidak bebas melakukan perkara
yang menodai kesucian perundangan negara.
Samada Anwar dan Azmin bersalah atau tidak, terpulang kepada kebijaksanaan
mahkamah menentukan berdasarkan hujah dan bukti sediada.
Bak kata pepatah Melayu, siapa yang termakan cili, dialah yang merasa
pedasnya atau dalam lingo anak-anak muda, ‘sendiri buat sendiri tanggung’.
Oleh : Beruang Biru ( www. mykmu. net )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment