Sunday, June 24, 2012

Chin Peng Tenat : Mat Sabu Taknak Melawat Ke?


June 22, 2012
mat sabun
Bekas  Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menulis diblognya semalam bahawa bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, sedang tenat dan dirawat di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.

Chin Peng yang kini berusia 90 tahun dikatakan dalam keadaan “nyawa-nyawa ikan” sehingga  tidak mampu lagi mengenali sesiapa pun yang datang melawatnya di hospital tersebut.

Sebenarnya, saya tidak tahu mahu mengatakan bahawa khabar yang dibawa oleh bekas Menteri Penerangan ini adalah satu perkhabaran yang baik atau satu perkhabaran yang buruk.
Mungkin pada sesetengah pihak, Chin Peng sepatutnya mati saja secepat mungkin. Dan ada pula yang berpendapat bahawa pemimpin komunis itu sepatutnya dilanjutkan usianya dan tidak mati dulu.

Pada saya, ajal maut itu adalah ketentuan Allah SWT kepada sesiapa saja hambanya, sama ada dia baik atau sebaliknya di muka bumi ini. Jika sampai ajalnya, maka matilah dia dan jika tidak, maka rohnya sudah pasti tidak akan meninggalkan jasadnya.

Namun, saya pasti ada di kalangan rakyat dan warganegara Malaysia yang akan bersimpati dan meratap hiba tentang keadaan Chin Peng yang sedang nazak di Thailand itu.

Mungkin salah seorang yang akan menangis teresak-esak ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai “Abang Mat” atau “Mat Sabu”.

Sebagaimana maklum, Mat Sabu menganggap Chin Peng adalah seorang “wira” yang mempertahankan negara. Padanya, Chin Peng adalah setaraf dengan pejuang-pejuang kemerdekaan lain seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman dan sebagainya.

Mungkin berdasarkan tindakan Chin Peng menyerang pihak British ketika sebelum dan selepas era kemerdekaan maka dia dianggap sebagai “hero” oleh Mat Sabu dan para penyokongnya.

Ya. Memang benar Chin Peng menyerang pihak penjajah Inggeris yang cuba menguasai Tanah Melayu ketika itu. Memang benar Chin Peng menentang penjajah, sama seperti tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang tertera di dalam buku sejarah.

Namun apa yang Mat Sabu perlu ingat ialah mengenai Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman dan lain-lain pejuang kemerdekaan bahawa mereka tidak pernah membunuh, menyeksa atau menyerang orang Melayu atau penduduk tempatan.

Mereka tidak pernah buat kacau, masuk kampung dan memeras ugut para penduduk. Mereka tidak pernah mencuri, merompak atau mengganggu kehidupan orang kampung. Dan mereka juga tidak pernah kacau anak bini orang.

Berbanding dengan Chin Peng yang diiktiraf Mat Sabu sebagai “wira kemerdekaan”, Chin Peng dan anggota-anggotanya menyerang, membunuh, mengugut, mencuri, merompak dan mengacau anak bini orang tanpa belas kasihan.

Apakah Tok Bahaman atau Mat Kilau sanggup menyerang dan membunuh anggota polis Bukit Kepong? Rasanya tidak mungkin mereka sanggup melakukan onar seperti Chin Peng dan pasukan komunis yang diketuainya dulu…

Justeru itu, saya tidak faham mengapa Mat Sabu begitu berani mengguris hati rakyat Malaysia yang keluarga dan kerabatnya yang pernah merasa kekejaman Chin Peng. Atau Mat Sabu memang tidak punya akal?

Meskipun ramai yang marah, meminta maaf dan menggesanya menarik balik kenyataan tersebut, Mat Sabu tetap enggan dan berdegil mempertahankan Chin Peng.

Apa jasa Chin Peng kepada Mat Sabu sehingga membuat Naib Presiden PAS itu begitu sayang padanya?

Untuk pengetahuan Mat Sabu, Chin Peng kini tenat. Tak mahu melawat dia, kah? Harapnya Mat Sabu pergi ke Bangkok sebelum Chin Peng mati. Manalah tahu kalau-kalau dia wasiatkan pesanan terakhir untuk Mat Sabu…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment