June 24, 2012
Sunday, June 24, 2012
Isu "Mat Indera Wira Merdeka" : Sesiapapun Belum Memaafkan Mat Sabu !
June 24, 2012
Mat Sabu cuba untuk memindahkan rasa bersalahnya
kepada pihak lain berhubung kenyataannya yang mengiktiraf dan menyanjung seorang
anggota komunis yang pernah bernaung di bawah Chin Peng sebagai “wira
kemerdekaan”.
Mat Sabu yang sedang tertekan dengan kes
perbicaraannya berhubung isu Mat Indera yang dikatakan “wira” itu menjelaskan
bahawa dia sedia memaafkan saksi pertama kes tersebut, Visvanathan a/l
Muthu.
Namun dengan angkuh, Mat Sabu menjelaskan bahawa
dia hanya memaafkan Visvanathan sahaja dan tidak memaafkan Utusan Malaysia yang
menyiarkan kenyataannya melalui cetakan akhbar.
Persoalannya, apakah Mat Sabu fikir dengan
memaafkan Visvanathan itu maka seluruh anggota keselamatan, termasuk anggota
polis dan tentera, serta mangsa-mangsa kekejaman komunis di negara ini akan
memaafkan dirinya?
Apakah Mat Sabu fikir Kanang Anak Langkau akan
memaafkan Timbalan Presiden PAS yang menganggap anggota komunis itu sebagai
“wira kemerdekaan”?
Apakah Mat Sabu fikir Kanang Anak Langkau sanggup
meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan namanya dan nama-nama tokoh pejuang
kemerdekaan lain seperti Leftenan Adnan, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk
Maharajalela dan sebagainya?
Mat Sabu juga perlu memikirkan apakah seluruh
keluarga mangsa yang dibunuh oleh pasukan komunis yang diketuai oleh Mat Indera
itu sudi memaafkan dirinya yang mempertahankan kenyataan dangkal dan mencetus
kemarahan mereka.
Saya ingin bertanya Mat Sabu. Sekiranya dia
sendiri adalah mangsa kepada kekejaman Mat Indera dan komunis di Bukit Kepong
dulu, apakah dia sendiri sudi memaafkan seorang individu yang menggangkat
pengganas itu sebagai wira?
Seperkara yang utama yang perlu Mat Sabu sematkan
di kepala otaknya itu ialah sejurus selepas kenyataannya disiarkan oleh media
massa, termasuk video rakamannya ketika berceramah, boleh dikatakan seluruh
keluarga mangsa yang terlibat sangat marah padanya.
Bukan setakat keluarga mangsa tragedi Bukit
Kepong saja yang marah, malah boleh juga dikatakan hampir seluruh anggota dan
keluarga tentera, polis dan pihak keselamatan lain yang terlibat pernah menjadi
mangsa kekejaman komunis bingkas mengecam serta mengutuk pendirian Mat Sabu
itu.
Sedarkah Mat Sabu bahawa dia belum lagi menerimas
sebarang kemaafan dari anggota, bekas anggota dan keluarga mangsa tragedi Bukit
Kepong serta mangsa-mangsa kekejaman pihak komunis?
Jadi, tak perlulah Mat Sabu berbangga sangat
dengan SATU kemaafan yang diberikannya itu berbanding dirinya yang belum lagi
menerima satu pun kemaafan dari RATUSAN RIBU mangsa dan pihak yang marah padanya
yang membela komunis sebagai “wira”.
Seperkara lagi yang perlu saya ingatkan kepada
Mat Sabu, janganlah suka meniru Anwar dengan membicarakan tentang kes yang
sedang di dalam perbicaraan di mahkamah di khalayak umum memandangkan ia adalah
satu tindakan yang salah dari sudut perundangan.
Apatah lagi isu yang dimainkan oleh Mat Sabu itu
boleh mengguris hati rakyat yang pernah dizalimi oleh pengganas komunis. Jangan
paksa rakyat bangun menghalau Mat Sabu pula dari masuk ke kawasan mereka
menjelang PRU ke-13 ini. Susah Mat Sabu nak bergerak untuk berkempen nanti!
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment