Sunday, June 24, 2012

Hara Kiri Polik Nizar Jamaluddin


June 5, 2012
poster Nizar Derhaka
Mungkin dikalangan pemerhati dan para penyokong mana-mana parti politik, nama Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin atau lebih mudah dikenali sebagai Nizar telah hampir dilupakan. Jika tidak dilupakan pun, mungkin nama beliau manjadi suam-suam kuku disebabkan terlalu banyak perkara lebih penting yang sedang berlaku pada ketika ini di seluruh negara. Sungguhpun begitu, Nizar tetap terus cuba untuk mempopularkan diri. Pelbagai cara dilakukan agar dirinya nampak terus releven dikalangan penyokong Pakatan Rakyat. Isu demi isu cuba dicetuskan, walaupun kadangkala boleh dianggap mengarut dan tidak masuk akal. Nizar tetap akan terus memperjuangkannya. Mungkin Nizar lebih sesuai jika digelarkan Pak Pandir Moden dalam senario politik Malaysia masa kini.

Jika kita lihat, sejak dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar bagi Negeri Perak, pelbagai aksi menarik yang cuba dipertontonkan Nizar untuk menarik minat rakyat Malaysia. Nizar yang dahulunya sering mengkritik dan mempersoal tindakan Sultan Perak tentu merasakan suaranya tidak lagi diambil peduli dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau pernah juga membuat aksi “stunt” dengan menggunakan kereta mewah beliau sehingga kereta tersebut terbalik. Mujurlah Nizar tidak cedera parah. Mungkin pada ketika itu jika terdapat walaupun sekelumi ruang, beliau ingin menyalahkan pihak UMNO dan Barisan Nasional diatas kemalangan yang dihadapinya. Selepas kejadian “stunt” kereta yang tidak menjadi itu, Nizar tetap terus cuba mengharumkan nama beliau sendiri dengan mengutarakan isu-isu retorik tidak berasas kepada rakyat.

Setelah beberapa lama merehatkan diri dari mencentuskan isu sensasi, Nizar kini menyambung semula kariernya sebagai pencanang berita palsu dengan niat agar dirinya diterima semula. Baru-baru ini beliau dengan angkuh menuduh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang selama ini bersikap berkecuali dan hanya memberikan taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, akan bekerjasama dengan kerajaan pemerintah yang sedia ada (Barisan Nasional) sekiranya pada PRU-13 Barisan Nasional kalah nanti. Sungguhpun kenyataan ini memberikan bayangan bahawa Nizar mempercayai dan meyakini sistem pilihanraya Malaysia yang suci lagi bersih akan menjanjikan kemenangan besar kepada rakyat. Ia tetap dipandang sebagai satu tuduhan dan penghinaan kepada ATM yang selama ini sememangnya telus dan terhindar daripada politik kepartian. Nizar menggeletar lutut akibat diselar oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, terus membuat laporan Polis kerana ingin meyakinkan rakyat dan mungkin dirinya sendiri bahawa tuduhannya berasas. ATM pula dengan pantas membuat laporan balas terhadap penipuan Nizar yang sepertimana yang kita tahu, seorang manusia yang gila publisiti murahan.

Belum lagi reda tentang isu tuduhan Nizar terhadap ATM, beliau sekali lagi mencuba “stunt” terbarunya iaitu mempersoalkan pembelian no pendaftaran kenderaan Sultan Johor. Nizar mengatakan bahawa pembelian no pendaftaran WWW 1 itu merupakan satu pembaziran terhadap wang rakyat. Tanpa segan silu Nizar menuduh Sultan Johor dan kerabat diraja negeri Johor menggunakan wang rakyat untuk bermewah-mewah. Tuduhan ini dibalas oleh anaknda Sultan Johor, dengan mengatakan semenjak tahun 1885, kerabat diraja Johor tidak pernah menggunakan apa-apa peruntukan yang dibayar oleh kerajaan negeri Johor kepada pihak Istana. Sehinggakan elaun bulanan yang diterima oleh Sultan Johor dan para kerabat akan terus disalurkan kepada sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat negeri Johor, yang dinaungi oleh Sultan Johor sendiri. Akhirnya Nizar sekali lagi menggelabah kerana tuduhan yang dilemparkan menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang wakil rakyat.

Namun begitu, terdapat juga ura-ura bahawa tindakan Nizar memperbodohkan diri di hadapan seluruh rakyat Malaysia ada sebabnya. Mungkin juga Nizar hanya ingin membuat “seppuku” atau “hara kiri” terhadap karier politiknya yang semakin suram. Ada juga pendapat yang mengatakan, “bom buatan sendiri” Nizar ditujukan kepada seseorang didalam PAS sendiri yang akan bertanding di Johor. Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa Salahuddin Ayub akan bertanding di negeri Johor. Apakah tindakan Nizar ini dilaksanakan agar rakyat negeri Johor yang sememangnya setia dan sayangkan sultan mereka untuk menolak PAS dalam PRU-13 akan datang? Salahuddin Ayub yang diwar-warkan akan bertanding di Johor mungkin terpaksa menarik diri kerana kenyataan Nizar yang menguburkan harapan PAS untuk berkuasa di Johor. Mungkin juga Nizar bertindak seperti itu kerana selalu dipinggirkan didalam majlis dan program-program PAS pusat. Ataupun, mungkin Nizar telah kehilangan upaya untuk berfikir secara waras dan tidak dapat menilai antara retorik khabar angin yang diasaskan oleh Pakatan Rakyat sendiri dan akhirnya teknik tersebut memakan diri.

Tidak siapa tahu apa yang bersarang di dalam kepala Nizar semasa beliau memaparkan komen-komen di laman sosial ”twitter”. Beliau seperti ingin menamatkan karier politik beliau dengan menjadi menjadi pembela rakyat, walaupun dengan besenjatakan fitnah dan penipuan. Namun begitu, perbuatan beliau telah menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat didukung oleh mereka yang pendek akal dan tidak begitu bijak dalam pertuturan dan pemikiran. Wallahualam.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment