Sunday, June 24, 2012

Najib Bantu Palestin, Anwar Lindungi Israel


June 21, 2012
dn_01_1

DATUK Seri Najib memang diketahui seorang pemimpin yang sangat prihatin terhadap rakyatnya sendiri dan masyarakat dunia lain dimana memerlukan bantuan, tidak terkecuali rakyat Palestin yang berjuang dengan serba kekurangan menentang negara haram Yahudi lengkap dengan kelengkapan senjata moden sumbangan Amerika.

Terbaru seperti dilaporkan muka depan Utusan hari ini bahawa Najib memberi komitmen untuk membina sekolah di Palestin.  Nampaknya macam mudah dan murah sahaja komitmen Perdana Menteri itu, tapi yang tidak diketahui orang ramai, bukan mudah nak buat sekolah di Palestin, lebih-lebih lagi dengan pelbagai sekatan yang dikenakan oleh Israel dan malangnya beberapa negara Arab berjiran juga.

Silap-silap, kita bawa guni simen, dia kata baja nak buat bom..

Jadi janganlah dibandingkan membina sekolah di negara ini dengan sekolah di Palestin, disini kita tidak ada masalah seperti mana yang dialaminya disana, sebab itu penulis tidak dapat menahan air mata, sebak membaca kesudian Datuk Seri Najib membantu.

Sudah tentulah dalam sebut menyebut mengenai Palestin ini, kita tidak boleh sama sekali lupa dengan komitmen Anwar untuk melindungi Israel yang diucapkan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) Januari lepas.


Usah kata nak membantu yang teraniaya, yang menzalimi pulak nak dilindungi keselamatannya oleh Anwar.  Apa sakit otak mamat seorang inipun penulis tidak tahulah.  Tapi inilah dia orang yang PAS sokong sangat-sangat untuk dilantik jadi Perdana Menteri negara ini.

Macam mana PAS boleh hidup dalam kecelaruan pun penulis tak tahu.  Betullah PAS bantah kenyataan Anwar dalam WSJ tapi dia tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri, apa ni?  Dalam pada sebut yang bukan-bukan tentang UMNO, bekas pemimpin kita juga yang diharap-harapkan sangat untuk jadi Perdana Menteri.

Lebih dari 50 tahun ditubuhkan, rupanya PAS gagal nak namakan seorang pemimpinnya yang layak jadi Perdana Menteri, sebaliknya penyokong dan pelindung kesalamatan Israel ini juga yang dipilihnya.  Cina DAP pun tak  bodoh nak sokong Anwar jadi Perdana Menteri buta-buta, dia ada agenda lain dibelakangnya.

Cina tahu, peluang untuk menjadikan Guan Eng (sebut cina) sebagai Perdana Menteri hanya akan diperolehi kalau Anwar jadi Perdana Menteri dulu.  Anwar hayat kat luar pun tak lama, penulis yakin selesai rayuan nanti, Anwar ke dalam jugak le.

Apa depa nak rugi lagi dah, takda apa.  Tak macam PAS, sokong buta tuli sampai tak boleh nak beza apa lagi dah, asal sahaja ada pemimpinnya dapat jadi Menteri ke Menteri Besar ke, cukuplah tu.

Jadi inilah yang penulis nak rakyat Malaysia fikirkan.  Tolaklah orang seumpama ini, Anwar ni.  Otak dia tak betul lagi dah, yang zalim nak dilindunginya, yang teraniaya hanya dijadikan bahan untuk menjual nama, umpamanya,  “Oh saya ikut pandangan Hamas”, “Oh, Fatah pun sama pendapat dengan saya”, begitu le.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment