Sunday, June 24, 2012
Suara Keadilan Menipu Lagi !
June 25, 2012
Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu.
Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan
mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.
Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula
dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar
New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev.
Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail
menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.
Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu
akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak
yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev
sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan
mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.
Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi
menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.
Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana
Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara.
Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu
ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.
Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev
dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya,
mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.
Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh
dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang
dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya
sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?
Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan
yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama
dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar
akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.
Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu
yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang
keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang
pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan
bukannya antara lawan politik.
Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus
menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat
dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari
isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal
keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment