Sunday, June 24, 2012
Akaun RM3 Billion : Anwar Terpaksa Bersilat Lidah
June 11, 2012
Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang terpaksa bersilat
lidah untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan
sekarang.
Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang ampuh. Nilai RM3
bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri
Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.
Tapi sudah tabiat Anwar, tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja
caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.
Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk
dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak
akan dipersoalkan oleh penyokong pembangkang.
Bendanya bukanlah susah, jawab YA atau TIDAK, itu sahaja. Jika YA, rakyat nak
tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut. Jika TIDAK, kenapa tidak di
saman sahaja Timbalan Gabenor Negara, Abdul Murad yang mendedahkannya.
Ini tidak, hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin
Yassin pula mendedahkan akaun beliau. Tiada kaitan langsung dengan isu RM3
bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.
Penulis teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu
membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut,
tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi. Pun bersilat lidah
juga. Mengarut sungguh caranya menjawab.
Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan
kegemarannya. Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual
sebagai seorang pemimpin.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment