Sunday, June 24, 2012
Saman Karpal ! : Gesaan YB Zulkifli Noordin
Salam 2 all.
Teman tertarik dengan cabaran-cabaran
yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim
dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar
adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti
dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl
Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan
seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.
Apa yang menarik
perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar
menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar
membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan
mereka.
Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia
nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman
tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah
Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam,
rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan
kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira
akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan
pembangkang.
Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam
isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal
Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e
Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar
sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya
membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.
Karpal pada masa itu
adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya
sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen,
malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah.
Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa
Anwar peliwat di Federal Hotel.
Malahan kata YB Wee Choo Keong,
disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar.
Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana
pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari
ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong
mereka).
Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan
kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal
adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak
menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri
daripada politik.
Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah
menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan
mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak
pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar.
Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.
Jadi
adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan
terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke
Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal.
DAN yang paling
tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan
Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya
iaitu meliwat stafnya sendiri!
Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk
Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi
Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!
So Anwar, the
ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal
Singh that leads to your disgraced and downfall.
Adios amigos, grasias
amigos!
Wallaha'alam & wassalam!
Zulkifli Bin
Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment