Sunday, June 24, 2012
DAP Pun Tidak Bebas Daripada Korupsi !!
June 1, 2012
HAKIKAT yang ramai orang lupa, DAP hanyalah sebuah parti politik yang sama
standardnya seperti mana parti politik lain yang menjadi kawan dan lawannya di
negara ini. Tujuan penubuhan ialah untuk menubuhkan kerajaan dan mempromosi
agenda perjuangannya zaman berzaman. Kalau PAS berbangga dengan perjuangan
Islamnya, DAP pula mempromosikan intergriti dan ketelusan serta apa-apa ayat
yang boleh dikaitkan dengan itu sebagai tujuan utama penubuhannya.
Walaupun hakikat sebenarnya mereka mahu menubuhkan kerajaan dengan orang cina
sebagai ketua.
Oleh yang demikian, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan bila salah
seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kg Tunku dalam negeri
Selangor, Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah
seorang pembantunya berhubung jenayah penyelewengan (criminal breach of
trust-CBT) membabitkan sejumlah wang.
Kisahnya pada pandangan penulis, mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun
bukan besar mana, hanya RM 5,000. Kononnya wang ini gagal didepositkan ke dalam
akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit. Apa
yang susah, tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa
yang nak buat laporan polis apa segala?
Sudah tentu bila ada laporan polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan
ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Dan seperti mana
persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut, laporan polis
perlulah dibuat. Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu
tentang itu.
Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan
lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti. Bukan sesekali bermaksud dia mahu
bersikap telus.
Maklumat yang penulis terima menyatakan bahawa, wang RM 5,000 ini adalah
sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi ‘jasa’ Weng San mendapatkan satu
projek dalam negeri Selangor. Sumber yang sama turut menyatakan kepada penulis
bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara
beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din.
Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan,
tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang
yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.
Tujuan penulis membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat
bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa. Usahlah DAP
bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah
dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang
sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbuktidi Mahkamah).
Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan,
RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar
yang lain masuk ke dalam tabung DAP. Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau
sebesar mana, jenayah tetap jenayah. Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun
ADUN dengan pembantu sendiri, bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada
puak-puak ini untuk memerintah negara kelak?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment