Sunday, June 24, 2012
Ambiga Akhirnya Mengaku Kalah !
May 25, 2012
Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis
di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara, kecederaan, kerosakan
terhadap harta awam dan mengotorkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap, Ambiga
dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Dia
mendakwa bahawa dia tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya supaya mengganas.
Ambiga langsung tidak menyesal terhadap tindakannya yang enggan menerima Stadium
Merdeka untuk menjalankan perhimpunan aman ‘Duduk Dan Bantahnya’.
Apa yang
Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap
bantahan yang dilakukan. Dia berharap agar BERSIH mampu membantu gologan liberal
dalam meraih kuasa.
Namun, dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan.
Sekurang-kurangnya, rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa
Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih
banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan
membantu dalam menjatuhkan kerajaan.
Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia
akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai ‘kekuatan dan
semangat’ yang kental. Jadi, apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan
bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat
‘keheroan-nya’
Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau
‘nobodies’, akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0.
Sebenarnya, mereka tidak berbuat banyak, mereka hanya memasang gerai-gerai dan
menari sedikit di hadapan rumahnya, tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan
Ambiga.
Dalam keadaan panik, dia menyifatkan mereka sebagai bodoh, tidak
matang, dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk
dilakukan. Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar
hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang
jalan di rumahnya.
Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara
yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut, lebih teruk lagi, kerana dia telah
menganggu pendapatan harian mereka. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak
perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH
pada 28hb April 2012. Penduduk di pangsapuri, tetamu di hotel-hotel yang pasti
mempunyai rancangan hari itu bnagaimanapun terkandas, takut dan tertanya-tanya
mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut.
Semestinya,
Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama ‘satu’ hari.
Tetapi, BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama ‘satu’ hari. Dan
kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan
dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan ‘satu’ lagi
demonstrasi. Jadi, tiada siapa yang tahu berapa ‘satu’ hari lagi Ambiga akan
jalankan.
Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah
kebudak-budakan. Walau bagaimanapun, kita mehu mengucapkan tahniah kepada yang
para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka
menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul
– di hadapan rumah Ambiga.
Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti
rakyat.Namun, para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah
menyokong Ambiga. Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah
dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIH, dan ianya dibuat oleh
rakyat.
Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat?
Dan bilakah rakyat
pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita? Dia semestinya tidak mewakili
penulis, keluarga, rakajn sekerja dan rakan-rakan penulis yang kini tidak tahan
melayan kerenah dari Ambiga.
Apapun, rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga
akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke
rumahnya untuk membantah BERSIH. Jadi, setelah menerima segala memo, gangguan
dan ‘pasar malam aman’ di hadapan rumahnya. Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan
lagi.
Akhirnya, dia meminta maaf!
Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas
mana Ambiga dalam memohon maaf.
Dengan ini, kita percaya bahawa Ambiga tidak
akan menggangu kita, rakyat Malaysia. Dan jika dia masih berbuat demikian, pasti
jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan
mereka.
Oleh : Beruang Biru ( www. mykmu. net )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment