Sunday, June 24, 2012

Bershit 3.0 : Singapura Tidak Perlu Tegakkan Benang Yang Basah !


June 24, 2012
singapore bershit
Kerajaan Singapura sebelum ini mengesahkan kehadiran agen-agen diplomat mereka pada himpunan Bershit 3.0 yang berlangsung di Dataran Mereka pada 28 April lalu. Itu adalah satu fakta utama atau perkara pokok.

Seorang pegawai yang menjadi jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura juga menjelaskan bahawa ia adalah satu tindakan biasa bagi negara-negara jiran untuk hadir menjadi “pemerhati bebas” di himpunan tersebut. Itu juga fakta jawapan dari mereka.

Katanya, Singapura menghalang dan tidak membenarkan himpunan Bershit 3.0 diadakan di negara mereka pada 28 April lalu dan ia adalah bukti yang kononnya negara itu menolak untuk campur tangan hal ehwal dalaman Malaysia.

Pertamanya, apa perlunya menghantar diplomat Singapura untuk turun padang pada himpunan Bershit 3.0 tempohari?

Kata jurucakap Kerajaan Singapura itu, agen-agen mereka itu tidak memakai pakaian kuning Bershit 3.0 dan “menghindari” dari kawasan Dataran Merdeka.

Kalau sekadar cakap, sesiapa pun boleh menyatakan begitu. Benarkah agen mereka tidak memakai baju kuning pada himpunan tersebut? Bagaimana jika ada pihak yang membuktikan agen-agen dari diplomat Singapura memakai pakaian Bershit 3.0 di himpunan itu?

Bagaimana pula dengan “menghindari” kawasan Dataran Merdeka sedangkan himpunan itu berlangsung di kawasan tersebut? Takkanlah “pemerhati” himpunan Bershit 3.0 dari Singapura diarahkan untuk memantau di Langkawi atau Pulau Pangkor pula pada 28 April itu?

Singapura menolak dakwaan mereka melanggar Konvensyen Vienna. Benarkah mereka tidak langgar Artikel 41(1) Konvensyen Vienna itu? Artikel itu berbunyi…

“Tanpa prejudis kepada keistimewaan dan imuniti, ia merupakan tugas semua orang menikmati keistimewaan dan imuniti bagi menghormati undang-undang dan peraturan negara penerima. Mereka juga bertanggungjawab untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara berkenaan”

Jadi, mengapa Singapura hantar agen-agen mereka ke himpunan itu walaupun sebagai pemerhati? Tak cukupkah sekadar memerhati di dalam televisyen, internet dan media massa yang melaporkan himpunan itu dari masa ke semasa?

Atau tidakkah cukup memantau dari sumber rasmi kerajaan Malaysia mengenai himpunan itu? Rasanya diplomat dari negara-negara lain pun mengikuti perkembangan himpunan Bershit 3.0 itu, tapi tidaklah terlalu bersungguh-sungguh seperti diplomat dari Singapura!

Berkenaan dengan Singapura menolak himpunan Bershit 3.0 di negara itu, rasanya mana-mana negara pun tolak himpunan tersebut berlangsung di negara mereka untuk menjaga hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Dalam konteks Singapura pun sama. Takkanlah negara jiran itu mahu berterus terang sangat menyokong Bershit 3.0? Sudah tentulah ada perkara “wayang” yang perlu dimainkan dalam hal sokongan ini.

Rasanya, Singapura perlu mengarahkan tiga pegawainya untuk pulang serta merta ke negara asal mereka dan tidak lagi menjejakkan diri di negara ini. Bukan apa, saya agak risau dengan keselamatan mereka…

Kepada Regina Low Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), Setiausaha Pertama (Politik), Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), Setiausaha Pertama (Politik) dan Ariel Eunice Tan Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), rasanya mereka tidak perlu lagi berada di bumi Malaysia.

Maklumlah, perkara ini merupakan sesuatu yang agak sensitif. Kalau keadaan makin keruh atau kusut, saya bimbang ia akan mengeruhkan hubungan diplomatik antara Malaysia – Singapura yang sebelum ini menunjukkan sikap kurang ajar Singapura menceroboh kawasan udara Johor…

Bukan apa, sekadar mengingatkan saja. Kalau nak ikut, silakan. Kalau tak mahu ikut pun tidak mengapa. Cuma, tak payahlah “menegakkan benang yang basah kalau ia benar-benar benang yang memang basah”, kan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment