Sunday, June 24, 2012
Tolong Selamatkan Abby Aabadi Daripada Diracun Oleh Pemikiran PAS
June 25, 2012
Pelakon terkenal, Abbay Abadi baru-baru ini
melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata
kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran
PAS.
Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman
sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…
“Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun
mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita
timbul. Sampai kata saya dapat ‘hidayah sesat’? Apa tu?,”.
Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah
rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi “batu api” apabila cuba memutar belitkan
kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional
atau UMNO.
Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby
Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan
positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.
Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang
ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul
buat masa sekarang.
Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula
diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini
terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak
bertudung kepala.
Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang
mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama
sekali.
Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan
anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti “talk show” Malam
Keinsafan Bersama Selebriti yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru
ini.
Program “talk show” setahu saya bukanlah ceramah
politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.
Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam
hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja
mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.
Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan
diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali.
Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan
Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.
Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh
dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara
timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik
Aziz bergelar ulama.
Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia
hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti
sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa
buah negeri.
Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua
individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar
itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah
mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.
Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari
Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby
rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak
boleh dikecam atau dikutuk?
Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak
perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh
Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa
“veto”nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di
Malaysia.
Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun
dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga “mencarut” di dalam
Al-Quran.
Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah
seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam
firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang
melontar najis kepadanya?
Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki
pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf.
Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis
Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.
Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi
urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen
bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik,
rasanya tak payah berguru pun tak rugi…
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment