Sunday, June 24, 2012

Bersih 3.0 : Singapork Ingat Kita Bodoh Ke ?


June 22, 2012
singaporechicken

PENYERTAAN sejumlah diplomat Singapork dalam himpunan Bersih 3.0 dengan seorang daripada mereka memakai baju kuning rasmi himpunan tersebut memang mengejutkan.  Mengejutkan kerana Singapork langsung tidak membenarkan sebarang perhimpunan seumpama itu diadakan di dalam negara pulau mereka tapi disini, depa bagi bantuan dan sokongan moral dengan menghantar diplomat.

Jadi bila negara Singapork sendiri tidak berkenan himpunan seumpama itu, kenapa mereka hantar diplomat mereka disana?

Itu yang membezakan kehadiran diplomat Singapork dengan diplomat negara-negara lain yang disebut-sebut turut hadir dalam himpunan tersebut.

Dan kita yakin, nama saja diplomat tapi sebetulnya 3 orang yang terkantoi itu adalah perisik tentera Singapork yang memang kerjanya untuk mensabotaj Malaysia.  Entah berapalah dana yang disumbang Singapork ke dalam akaun Bersih 3.0 untuk menjayakan himpunan tersebut.
Kira perisik kita lebih hebat sebab  boleh kenal perisik mereka.

Justeru bila membaca alasan Pesuruhjaya Tinggi Singapork ke Malaysia bahawa 3 oang itu datang atas kapasiti peribadi, penulis rasa macam nak terberak.  Puak-puak ini ingat kita bodoh ka?  Tak sangka Singapork negara yang kelihatan hebat dari mata kasar, rupanya bingai dalam memberikan jawapan kepada kesalahan yang dilakukan pegawai masing-masing.

Rakyat kita tak sepatutnya tersasar dari fokus dengan jawapan dari Kedutaan Singapork di Kuala Lumpur itu.  Singapork berbeza dengan negara lain yang diplomat mereka turut hadir dalam rusuhan tersebut.  Singapork adalah negara yang semakin tahun semakin tenggelam, maka mereka tempat berpindah kalau keadaan menjadi teruk besok.

Mana lagi yang sesuai melainkan Malaysia.

Rakyat perlu diingatkan, ekonomi Singapork boleh ditumbangkan pada bila-bila masa dengan membina Segenting Kra.  Selain memendekkan perjalanan dari Barat ke Timur (4 hari), kapal-kapal dagang juga boleh mengelak dari dicekik pengurusan pelabuhan Singapork yang mengenakan caj tinggi untuk segala perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan Singapork.

Jadi dalam apa cara Singapork perlu cari cara untuk mengawal negara ini untuk mengelak perkara tersebut dari berlaku tapi dengan menggunakan proksilah tentunya.  Siapa yang lebih sesuai melainkan DAP dan Anwar Ibrahim.

Penulis menggesa kerajaan Malaysia mengusir 3 orang diplomat itu dari negara ini.  Mereka perlulah dicap sebagai persona non grata dan diusir keluar dengan segera.  Kita tak sepatutnya berlembut dengan negara proksi Israel di Asia Tenggara ini, sudah sampai masanya kita bertindak.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment